​​​(Maklumat dikemaskini sehingga 01 Januari 2020)


Eksport sementara adalah kemudahan yang diberikan kepada pengeksport yang layak untuk mengeksport barang-barang untuk dibaiki (repair), tujuan propaganda, penyelidikan, demonstrasi dan akan mengimport semula dengan tuntutan pengecualian duti import/cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan Perintah Cukai Jualan (Orang yang dikecualikan daripada pembayaran cukai) 2018 dengan syarat-syarat tertentu .

 

Pengeksport Yang Layak Memohon Eksport Sementara:

  • Pengeksport yang hendak mengeksport barang-barang untuk dibaiki di bawah butiran 37 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 36 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
  • Pengeksport yang menjalankan aktiviti propaganda, penyelidikan dan demonstrasi di luar negara di bawah butiran 39 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.
  • Pengeksport yang telah mengimport barangan import dan duti/cukai telah dibayar, mengeksport sementara barang tersebut dengan kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah Kastam di bawah butiran 83 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 37 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.


Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan dokumen-dokumen sokongan tertentu kepada Pengarah Kastam Negeri di mana barang-barang hendak dieksport untuk kelulusan oleh Pengarah Kastam Negeri bagi pihak Ketua Pengarah Kastam untuk tuntutan pengecualian.

Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan:-

  1. Surat Perlantikan Agen
  2. Invois Barangan
  3. Gambar/ Katalog
  4. Diskripsi barangan yang lengkap (Nama Barangan/Model/Jenama dan ukuran dan lain-lain)
  5. Lain-lain Dokumen Berkaitan:​
      • ​​​​​Propaganda/Demonstrasi (Surat dari penganjur & Jadual propaganda/demonstrasi)
      • Penyelidikan (Surat pengesahan dari badan penyelidik/institusi penyelidikan luar Negara)
      • ​​Pembaikan (repair) (Pengesahan dari pihak yang membaiki dalam bentuk laporan pembaikan semasa import semula.)​