CUKAI PERKHIDMATAN

PENDAHULUAN
  • Cukai Perkhidmatan merupakan suatu jenis cukai tidak langsung yang dikenakan secara seperingkat (sekali sahaja) atas perkhidmatan yang kena cukai yang disediakan oleh mana-mana orang yang telah dilesenkan seperti tersenarai dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975. Bagi perkhidmatan yang telah dikenakan cukai, nilai perkhidmatan yang telah dibayar cukai itu dianggap sebagai disbursements dan tidak dikenakan cukai lagi bagi mengelakkan pencukaian dua kali (double taxation).

PERKHIDMATAN YANG BERCUKAI

Penyediaan perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai adalah seperti yang tersenarai di bawah Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975

JENIS-JENIS FASILITASI CUKAI PERKHIDMATAN

Pengecualian Cukai
  • Pengecualian cukai hanya diberi oleh YB Menteri Kewangan mengikut peruntukan Seksyen 6, Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tidak dikenakan cukai perkhidmatan:
    • Pemegang Amanah Raya
    • Penyediaan / penjualan makanan, minuman dan keluaran tembakau yang disediakan oleh Rumah Awam Kelas II dan III dan Rumah Beer Kelas II berkuatkuasa mulai 30 April 2001. Walau bagaimanapun jika nilai jualan tahunan telah mencapai threshold RM 3 juta, penyediaan perkhidmatan tersebut tertakluk kepada cukai perkhidmata
    • Penyediaan perkhidmatan urut yang dikendalikan oleh Orang Kurang Upaya penglihatan
    • Pengurusan kewangan seperti jual / beli saham, waran, bon, cagaran, simpan wang, unit amanah dan dana amanah
    • Penyelenggaraan bangunan
    • Perkhidmatan internet
    • "Complimentary room"
  • Sistem Kontra (Seksyen 21A, Akta Cukai Perkhidmatan 1975) – Kemudahan ini adalah satu mekanisme yang membenarkan pemegang lesen menolak cukai perkhidmatan yang telah dipulangkan kepada pelanggan mereka atas sebab-sebab transaksi seperti berikut:
    • apabila diskaun tertangguh diberikan
    • apabila harga dikurangkan atau disesuaikan
    • apabila transaksi dipersetujui dibatalkan
    • apabila polisi insuran dibatalkan sebelum tamat tempoh
    • apabila amaun premium insuran dikurangkan kerana tempoh perlindungan dikurangkan atau perkara-perkara yang dilindungi dikurangkan

Kelulusan Sistem Kontra hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

  • Pulangbalik Cukai (Seksyen 21, Akta Cukai Perkhidmatan 1975) - Kemudahan ini diberi kepada pemegang lesen apabila terlebih bayar cukai / penalti atau tersalah bayar cukai / penalti. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu tahun daripada cukai / penalti dibayar.
  • Bayaran Balik Hutang Lapuk (Seksyen 21B, Akta Cukai Perkhidmatan 1975) - Sesuatu hutang lapuk boleh dibayar balik jika cukai perkhidmatan tidak diterima dari pelanggan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cukai perkhidmatan dibayar dengan syarat :
    • pelangan diisytiharkan bankrap di bawah Akta Bankrap 1967 ;
    • pelangan diletakkan di bawah penerimaan ;
    • pelangan diarahkan oleh mahkamah supaya digulung atau digulung secara sukarela ;
    • pemohon telah menfailkan suatu tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan bayaran hutang tersebut ;
    • pemohon telah menfailkan kebangkrapan di mahkamah untuk mendapatkan bayaran hutang berkenaan atas perkhidmatan bercukai;
    • Permohonan tuntutan bayaran balik atas hutang lapuk boleh dibuat dalam tempoh 6 tahun dari tarikh cukai itu dibayar.

Pemegang lesen yang ingin menggunakan kemudahan ini hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan kepada Pengarah Kastam Negeri.

  • Remisi Cukai dan Penalti (Seksyen 22, Akta Cukai Perkhidmatan 1975) - Pemegang lesen boleh memohon untuk diremitkan cukai / penalti secara bertulis kepada Perbendaharaan Malaysia atau melalui Ibu Pejabat Kastam / Pengarah Kastam Negeri.
  • Intragroup (Peraturan 3 dan 4 Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975) - Kemudahan ini diberi kepada perkhidmatan bercukai iaitu perakaunan, perundangan, kejuruteraan, arkitek, juruukur, perundingan dan pengurusan yang dibekalkan kepada syarikat dalam Kumpulan G Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan. Oleh yang demikian perkhidmatan tersebut bukan perkhidmatan bercukai tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan
  • Tax-inclusive (Peraturan 7(a) Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975) - Kemudahan Tax-inclusive ialah jumlah nilai jualan termasuk cukai. Ia dibenarkan hanya kepada industri perhotelan, ruang letak kereta dan penyediaan perkhidmatan kad telefon prabayar. Pemegang lesen yang ingin menggunakan kemudahan ini hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan Ketua Pengarah Kastam.
  • Disbursement yang dibenarkan adalah out of pocket expenses yang didapatkan balik daripada pelanggan. Kos yang dibenarkan ditolak sebagai disbursement adalah seperti berikut :
    • Kos pengangkutan
    • Bayaran setem pos
    • Bayaran faksimili dan telefon
    • Bayaran wajib yang dibuat mengikut peruntukan akta lain yang berkuatkuasa pada masa itu.
​​