Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Skip Navigation Linksip_ss

Skim Khas

 

Skim Khas

Skim Pedagang Diluluskan (ATS)

  • Skim ini disediakan untuk mengurangkan aliran tunai perniagaan.
  • Orang kena cukai yang didaftarkan di bawah ATS akan dibenarkan untuk menangguh bayaran CBP pada masa pengimportan untuk barang yang diimport.
  • Bayaran CBP yang digantung perlu diisytiharkan dan diakaunkan dalam tempoh bercukai yang berikutnya.

Skim Pengilang Tol Diluluskan (ATMS) 

  • Skim ini disediakan untuk tidak mengambil kira apa-apa pembekalan yang dibuat oleh pengilang tol tempatan kepada pelanggan luar negara.
  • Pengilang tol boleh memohon untuk kemudahan ATS yang mana bayaran CBP ke atas barang yang diimport dibenarkan untuk ditangguh bagi tujuan aktiviti pengilangan tol.
  • Apabila barang diproses dihantar oleh pengilang tol bagi pihak prinsipal di luar negara, pengilang tol tidak perlu mengakaun CBP pada penghantaran tempatan. Sebaliknya, penerima tempatan perlu mengambil kira CBP dengan cara "Pengakaunan Penerima". 
    • Dalam kes di mana penerima tempatan adalah orang berdaftar, beliau perlu mengambil kira CBP dalam penyatanya. 
    • Jika penerima tempatan bukan orang berdaftar, dia perlu untuk mengambil kira CBP dalam borang khas. 
  • Pembekalan bahan mentah atau komponen yang dibuat kepada prinsipal di luar negara tetapi dihantar kepada pengilang tol dianggap sebagai pembekalan berkadar sifar.   

Skim Tukang Emas Diluluskan (AJS)  

  • Skim ini adalah untuk meringankan beban aliran tunai kepada tukang emas.
  • Pembekalan logam berharga tertentu yang dibuat oleh rumah bulion emas atau bank kepada tukang emas adalah pembekalan yang tidak diambilkira.  
  • Tukang emas diluluskan perlu mengakaun CBP dengan cara "Pengakaunan Penerima".

Skim Penggudangan 

  • Di bawah skim ini, bayaran CBP akan ditangguhkan ke atas barang yang diimport dan didepositkan ke dalam gudang atau berpindah dari satu gudang ke gudang lain.  
  • Apa jua pembekalan dalam gudang sebelum peringkat duti dikenakan tidak diambilkira dan hanya pembekalan di peringkat itu yang merupakan pembekalan terakhir tertakluk kepada CBP. 
  • Barang yang dikeluarkan untuk pasaran tempatan akan tertakluk kepada CBP.   
  • Barang yang dikeluarkan kepada pasaran luar negara (eksport) akan berkadar sifar.  
  • Semua barang dan perkhidmatan yang digunapakai dalam gudang akan berkadar standard.  
  • Skim ini juga terpakai kepada depot pelepasan dalaman (ICD) dan kedai bebas cukai. 

Skim Kadar Rata (FRS)

  • Skim ini adalah untuk membenarkan kategori tertentu sektor yang diluluskan (contohnya petani) untuk mendapatkan CBP yang dibayar ke atas input-input mereka walaupun mereka bukan orang berdaftar CBP. 
  • Petani akan mengenakan bayaran tambahan kadar rata untuk perniagaan. 
  • Petani boleh menyimpan tambahan kadar rata yang dipungut dan tidak perlu mengemukakan penyata.
  • Petani tidak dibenarkan untuk menuntut kredit cukai input .
  • Pembeli boleh menuntut kredit cukai input ke atas tambahan kadar rata yang dibayar kepada petani dan mesti disokong dengan invois.

Skim Bayar Balik Pelancong (TRS)

Skim ini membolehkan pelancong untuk menuntut CBP yang dibayar ke atas barang-barang yang dibeli dan dibawa balik ke negara masing-masing. Kemudahan hanya diberi untuk pelancong yang menggunakan penangkutan udara.

Siapa yang berhak untuk menuntut bayar balik di bawah TRS

  • Pelancong asing (bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia).
  • Bukan ahli kabin atau krew penerbangan bagi pesawat yang meninggalkan Malaysia. 
  • Pelajar yang memasuki atau tinggal di Malaysia menggunakan pas pelajar tertakluk kepada syarat bahawa barang-barang yang dibawa keluar dari Malaysia dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembelian.
  • Seorang diplomat asing yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya di Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia tertakluk kepada syarat bahawa barang tersebut dibawa keluar dari Malaysia dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembelian atau tamat perkhidmatan. 

Barang yang layak untuk menuntut bayar balik di bawah TRS

Tuntutan untuk pembayaran balik boleh dibuat ke atas semua barang yang telah dibayar CBP kecuali berikut: 

  • Wain, spirit, bir dan minuman keras malt. 
  • Tembakau dan produk tembakau.
  • Barang kemas, logam berharga dan batu permata. 
  • Barang yang digunakan di Malaysia keseluruhannya atau sebahagiannya. 

Dimana boleh menuntut bayar balik CBP

Semua tuntutan boleh dibuat daripada ejen bayaran balik yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia.   

Bila boleh menuntut 

Ketika meninggalkan Malaysia oleh pengangkutan udara sahaja. 

Bagaimana menuntut bayar balik CBP

Kriteria

  • Barang-barang yang dibeli di kedai TRS yang diluluskan. 
  • Mesti memegang invois cukai yang sah yang disokong oleh pengusaha kedai TRS.
  • Berbelanja sekurang-kurangnya RM300.00 di mana-mana kedai diluluskan.
  • Meninggalkan Malaysia dengan membawa barang-barang tersebut melalui mana-mana lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembelian. 

Verifikasi oleh kastam 

  • Barang mesti dikemukakan untuk pengesahan Kastam di ruang berlepas lapangan terbang selepas pemeriksaan imigresen.
  • Untuk barang besar yang perlu dibungkus dan didaftar masuk sebagai bagasi, barang mesti dikemukakan untuk pengesahan oleh Kastam di Kaunter Pemeriksaan Bayaran Balik CBP terletak di ruang berlepas sebelum daftar masuk. 

Membuat tuntutan 

  • Borang permohonan boleh diperolehi dari Kaunter Pemeriksaan Kastam yang terletak di ruang berlepas sebelum daftar masuk atau di ejen pembayaran balik TRS di lapangan terbang atau di mana-mana cawangan TRS diluluskan. 
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada ejen bayaran balik TRS yang terletak di ruang berlepas selepas pemeriksaan imigresen. 
  • Tuntutan boleh dibuat selepas keluar dari Malaysia dengan mengirimkan borang bayaran balik yang disahkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pengesahan.   

Bentuk bayar balik

  • Tunai bagi tuntutan di bawah RM300.00. Untuk tuntutan melebihi RM300.00, pembayaran balik boleh dibuat melalui pilihan berikut:  
    •  Cek bank.
    • Akaun kad kredit.
    • Akaun bank.​​

​​ Kembali Ke Atas