Pendaftaran kumpulan

  • Pendaftaran kumpulan adalah kemudahan yang membolehkan beberapa syarikat membentuk kumpulan dan memusatkan pentadbiran mereka untuk tujuan pengakaunan CBP. 
  • Setiap syarikat mestilah berdaftar secara individu sebelum mereka boleh membentuk kumpulan sebagai orang berdaftar tunggal dan setiap syarikat mesti membuat pembekalan bercukai. 
  • Syarikat layak untuk pendaftaran kumpulan jika satu syarikat mengawal syarikat lain. Satu syarikat dianggap mengawal syarikat lain jika syarikat pertama memegang secara langsung, tidak langsung melalui subsidiari atau bersama-sama secara langsung atau tidak langsung melalui anak-anak syarikat yang lebih daripada 50% daripada modal saham terbitan syarikat kedua. 
  • Salah satu daripada ahli kumpulan perlu dicalonkan oleh kumpulan sebagai anggota wakil kumpulan. 
  • Apa-apa pembekalan bercukai yang dibuat oleh atau kepada ahli kumpulan hendaklah dikira sebagai pembekalan oleh atau kepada anggota wakil kumpulan.
  • Pembekalan antara ahli kumpulan tidak dikira sebagai pembekalan.

Pemindahan perniagaan sebagai usaha berterusan (TOGC)

  • TOGC adalah kemudahan yang disediakan untuk kedua-dua pemindah dan penerima pindahan yang terlibat dalam pemindahan atau penjualan perniagaan sebagai usaha berterusan.  
  • TOGC mungkin melibatkan pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan sebagai usaha berterusan daripada orang kena cukai kepada orang kena cukai yang lain dan menjalankan perniagaan yang sama.
  • Jika hanya sebahagian perniagaan dipindahkan, bahagian perniagaan tersebut mesti boleh beroperasi dengan sendiri.
  • Apabila pembekalan aset perniagaan dibuat sebagai TOGC, pembekalan apa-apa aset oleh orang kena cukai (pemindah) kepada orang lain yang boleh dikenakan cukai (penerima pindahan) dianggap sebagai bukan pembekalan barang mahupun pembekalan perkhidmatan.
  • Penerima pindahan tidak perlu membayar cukai output pada aset yang dipindahkan dan pemindah tidak perlu mengakaun cukai output pada aset yang dipindahkan.     

Harta Modal     

  • Harta modal adalah termasuk semua barang yang boleh dipermodalkan di bawah prinsip-prinsip pengakaunan yang diterima umum sebagai aset perniagaan mereka dan digunakan oleh seseorang dalam perjalanan atau menjayakan perniagaan.
  • Jika harta modal digunakan sepenuhnya untuk membuat pembekalan bercukai, jumlah ITC boleh dituntut sepenuhnya kecuali input disekat. Bagaimanapun, jika harta modal digunakan untuk membuat pembekalan bercampur, jumlah ITC perlu dibahagikan dengan sewajarnya berdasarkan nilai peratusan diagihkan kepada pembekalan bercukai.  
  • Pelarasan ke atas cukai input yang telah dituntut, perlu dibayar jika penggunaan untuk pembekalan bercukai berkurangan dalam sesuatu tempoh. Sebaliknya, jika penggunaan untuk pembekalan bercukai bertambah, jumlah cukai input yang boleh dituntut turut bertambah. 
  • Tempoh pelarasan adalah:
    • 10 tahun untuk tanah dan bangunan . 
    • 5 tahun untuk harta modal lain selain daripada tanah dan bangunan .

Skim pelepasan barang terpakai 

  • Layanan khas CBP untuk membolehkan perniagaan untuk mengenakan dan mengakaun CBP pada margin harga positif daripada jualan barang terpakai.  
  • Skim yang dipanggil "Margin Skim" digunakan hanya untuk barang (kenderaan bermotor sahaja) yang dibeli dari orang yang tidak berdaftar dan dijual semula. 
  • Dengan mengenakan CBP ke atas margin, skim ini mengelakkan barang terpakai daripada dikenakan cukai dua kali (double taxation) kerana CBP yang telah termasuk dalam barangan terpakai tidak akan diambilkira.
  • Skim ini tidak boleh digunakan bagi barang terpakai yang dibeli daripada orang kena cukai melainkan jika dia adalah peserta Skim Margin.  

Baucar, Setem dan Token 

  • Baucar, setem dan token boleh dikategorikan sama ada sebagai baucar nilai wang (monetary voucher) atau baucar bukan nilai wang (Non-monetary voucher).  
  • Baucar nilai wang (nilai muka) dianggap sebagai medium pertukaran, dan oleh itu pembekalan baucar nilai wang tidak dianggap sebagai pembekalan bercukai. Bagaimanapun, jika baucar nilai wang dijual melebihi daripada nilai muka, orang kena cukai mesti mengakaun CBP ke atas jumlah yang berlebihan. Apabila baucar nilai wang ditebus, orang kena cukai yang membekalkan barang atau perkhidmatan mesti mengakaun CBP.
  • Penjualan atau pengeluaran baucar bukan nilai wang (bukan nilai muka dan termasuk baucar diskaun] dianggap sebagai pembekalan bercukai dan CBP perlu diakaun pada masa baucar itu dijual atau dikeluarkan. Apabila baucar bukan nilai wang ditebus ianya tidak diambil kira sebagai pembekalan.   

Manfaat Pekerja   

  • Jika barang dan perkhidmatan yang diberikan sebagai manfaat kepada pekerja-pekerja, ia dianggap sebagai digunakan untuk tujuan perniagaan. Oleh itu, majikan perlu mengakaun CBP ke atas pembekalan tersebut. Bagaimanapun, perniagaan boleh menuntut apa-apa cukai input berkaitan yang ditanggung. Dalam kes di mana perkhidmatan diberikan percuma kepada pekerja (contohnya perkhidmatan dobi percuma) tiada CBP dikenakan kerana perkhidmatan percuma tidak dianggap sebagai pembekalan. Nilai manfaat sampingan yang diberikan adalah berdasarkan nilai pasaran terbuka.
  • Dalam kes manfaat sampingan yang mana cukai input disekat atau tidak boleh dituntut, tiada CBP dikenakan apabila ia diberikan sebagai manfaat sampingan kepada pekerja.

Ejen  

  • Bekalan yang dibuat oleh atau kepada ejen yang bertindak bagi pihak prinsipal hendaklah disifatkan dibuat oleh prinsipal. Prinsipal perlu mengakaun CBP pada pembekalan, manakala ejen perlu mengakaun CBP pada yuran atau komisennya sebagai ejen.  
  • Pembekalan dibuat melalui ejen yang bertindak atas namanya sendiri, hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat oleh ejen itu sendiri dan perlu untuk mengakaun CBP pada pembekalan. 
  • Jika ejen bertindak bagi pihak prinsipal di luar negara (bukan pemastautin), bekalan itu hendaklah disifatkan dibuat oleh ejen itu sendiri. Ejen perlu mendaftarkan akaun CBP berasingan atas nama prinsipal (bukan pemastautin). 
  • Apabila barang-barang yang diimport dan dibekalkan oleh ejen yang berdaftar CBP bagi pihak bukan orang kena cukai, barang itu hendaklah disifatkan telah diimport dan dibekalkan oleh ejen.  

Pelelong    

  • Pembekalan yang dibuat oleh prinsipal kepada pelelong tidak diambilkira sebagai pembekalan.  
  • Pembekalan seterusnya oleh pelelong hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat oleh prinsipal dan pelelong hendaklah bertanggungjawab mengakaun dan membayar CBP pada pembekalan.  
  • Yuran atau komisen pelelong yang dikenakan kepada prinsipal adalah tertakluk kepada CBP jika dia adalah orang kena cukai. 

Penarikkan Balik     

  • Jika barang ditarik daripada orang kena cukai dan kemudiannya dijual oleh pembiaya/pemberi pinjam bagi tujuan untuk mendapatkan hutang yang kena dibayar, barang itu hendaklah disifatkan telah dibekalkan oleh orang kena cukai dan tidak diambilkira bagi maksud CBP.  
  • Pembiaya/pemberi pinjam sama ada didaftarkan atau tidak harus mengakaun cukai output pada penjualan barang ditarik.  
  • Pembiaya/pemberi pinjam hanya layak untuk menuntut kredit cukai input yang ditanggung dalam tindakan penarikan tersebut (seperti penyimpanan, pengangkutan, pengiklanan, dan sebagainya). 

Kawasan Ditetapkan (Designated Area - DA)      

Kawasan yang ditetapkan merujuk kepada pelabuhan bebas Langkawi, Labuan dan Tioman.

CBP ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan dalam DA:

  • Bekalan dalam DA dan antara DA adalah tidak diambilkira untuk tujuan CBP.
  • Barang yang dibekalkan dari DA ke Malaysia adalah tertakluk kepada CBP (dianggap sebagai import). Bagaimanapun, barang yang dibekalkan dari Malaysia ke DA adalah berkadar sifar kecuali jika ditetapkan selainnya oleh Menteri.
  • Pembekalan perkhidmatan bercukai dari DA ke Malaysia atau Malaysia ke DA adalah berkadar standard. 
  • Tiada cukai dikenakan ke atas pengimportan barang atau pembekalan perkhidmatan diimport ke DA kecuali jika ditetapkan selainnya oleh Menteri. ​


​​
Kembali Ke Atas