1. Aktiviti Re-Manufacturing, Repairing and Servicing adalah dibenarkan untuk dijalankan ke atas barang elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan sahaja tertakluk kepada syarat-syarat berikut;

1.1 Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
1.2 Mendapat sokongan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1.3 Mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa aktiviti ini tidak menghasilkan bahan buangan toksik.
1.4 Mendapat kelulusan daripada lain-lain pihak berkuasa yang berkenaan (jika berkaitan).
1.5 Barang yang dibaik pulih hendaklah dieksport 100%. Penjualan ke pasaran tempatan adalah tidak dibenarkan.
1.6 Aktiviti ini hendaklah diasingkan dengan aktiviti pengilangan yang telah diluluskan.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut;
2.1 Surat kelulusan daripada MOF dan JAS.
2.2 Senarai barang.
2.3 Salinan lesen pengilangan dari MIDA melibatkan aktiviti remanufacturing
2.4 Carta aliran bagi aktiviti yang akan dijalankan.
2.5 Lain-lain dokumen sokongan berhubung dengan aktiviti yang dipohon.

3. Pengimportan barang melibatkan aktiviti ini hendaklah diikrar di dalam SMK dengan menggunakan kod jenis transaksi (transaction type) LV (Value added, remanufacturing, servicing & repairing).

‚Äč