PUSAT PENGEDARAN SERANTAU (REGIONAL DISTRIBUTION CENTRE - RDC)

1. RDC adalah aktiviti pengumpulan dan pengabungan serta pengedaran barangan siap, komponen dan alat ganti yang dikeluarkan oleh sesuatu kumpulan syarikat (its own group of companies) bagi jenama barang keluaran kumpulan yang sama sahaja.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut;

2.1 Surat kelulusan status RDC daripada MIDA beserta senarai barang yang diluluskan.
2.2 Salinan lesen GPB.
2.3 Carta aliran proses aktiviti RDC.
2.4 Senarai lengkap bahan mentah / komponen / barang siap dengan kuantiti import / belian tempatan setahun / kod tarif dan jumlah duti / cukai terlibat.

3. Kriteria pertimbangan;

3.1 Sekurang-kurangnya 80% barang RDC hendaklah dieksport (30% dibenarkan melalui drop shipment).
3.2 Aktiviti RDC hendaklah dikendalikan oleh Syarikat GPB sahaja dan tidak boleh dilakukan oleh syarikat lain di dalam kawasan GPB.
3.3 Sebarang bentuk perubahan atau penambahan barang untuk aktiviti RDC perlu mendapat kelulusan daripada MIDA terlebih dahulu. Hanya barang yang disenaraikan di dalam kelulusan MIDA sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk kelulusan aktiviti RDC.
3.4 Jumlah jualan barang ke pasaran tempatan oleh GPB dan barang di bawah status RDC hendaklah tidak melebihi kuota jualan tempatan.

4. Pengimportan barang melibatkan aktiviti ini hendaklah diikrar di dalam SMK dengan menggunakan kod jenis transaksi (transaction type) LR (LMW – Regional Distribution Centre).

5. Borang Kastam No. 9 hendaklah digunakan untuk jualan ke pasaran tempatan dan bagi menjelaskan duti / cukai sekiranya ada. Jualan barang RDC ke pasaran tempatan tidak layak menggunakan kemudahan kadar duti import bersamaan ATIGA.