​​

​1. Semua mesin dan peralatan tidak boleh dilupus dan dikeluarkan dari kilang GPB tanpa kelulusan. Permohonan untuk melupuskan mesin dan peralatan hendaklah dimajukan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.

2. Duti / cukai yang terlibat bagi mesin dan peralatan yang mana jangkahayatnya kurang 10 tahun daripada tarikh pengimportan / pembelian hendaklah dijelaskan (jika berkenaan). Penentuan nilai bagi tujuan kiraan duti / cukai adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

3. Bagi mesin dan peralatan yang telah melepasi jangkahayat 10 tahun, duti / cukai adalah dikecualikan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pelupusan, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.