1. Aktiviti melibatkan IPC yang dibenarkan untuk dijalankan di dalam kilang GPB adalah seperti berikut:
1.1 Pembungkusan semula (repacking).
1.2 Integrasi.
1.3 Konsolidasi barangan import dengan barang tempatan.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut;
2.1 Surat kelulusan status IPC daripada MIDA beserta senarai barang yang diluluskan.
2.2 Salinan lesen GPB.
2.3 Carta aliran proses aktiviti IPC.
2.4 Senarai lengkap bahan mentah / komponen / barang siap dengan kuantiti import / belian tempatan setahun / kod tarif dan jumlah duti / cukai terlibat.

3. Kriteria pertimbangan;
3.1 Sekurang-kurangnya 80% barang IPC hendaklah dieksport (30% dibenarkan melalui drop shipment).
3.2 Aktiviti IPC hendaklah dikendalikan oleh Syarikat GPB sahaja dan tidak boleh dilakukan oleh syarikat lain di dalam kawasan GPB.
3.3 Sebarang bentuk perubahan atau penambahan barang untuk aktiviti IPC perlu mendapat kelulusan daripada MIDA terlebih dahulu. Hanya barang yang disenaraikan di dalam kelulusan MIDA sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk kelulusan aktiviti IPC.
​3.4 Jumlah jualan barang ke pasaran tempatan oleh GPB dan barang di bawah status IPC hendaklah tidak melebihi kuota jualan tempatan.

4. Pengimportan barang melibatkan aktiviti ini hendaklah diikrar di dalam SMK dengan menggunakan kod jenis transaksi (transaction type) LI (LMW – International Procurement Centre).

5. Borang Kastam No. 9 hendaklah digunakan untuk jualan ke pasaran tempatan dan bagi menjelaskan duti / cukai sekiranya ada. Jualan barang IPC ke pasaran tempatan tidak layak menggunakan kemudahan kadar duti import bersamaan ATIGA.