1. Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 untuk menjalankan aktiviti pengilangan serta penggudangan bahan mentah dan barang keluaran siap yang berorientasikan eksport. Aktiviti pengilangan dalam pelesenan ini hendaklah menepati tafsiran pengilangan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 2(1) Akta Kastam 1967.

2. Syarikat GPB tertakluk kepada kuota jualan eksport sebanyak 80% dan jualan tempatan 20% berdasarkan nilai jualan barang siap dalam tempoh 12 bulan (dalam tempoh pelesenan semasa). Kelonggaran ke atas kuota jualan ini adalah bergantung kepada kelulusan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
​​