1. Mesin, peralatan dan alat ganti.

1.1 Mesin, peralatan dan alat ganti yang digunakan secara langsung dalam proses pengilangan layak dipertimbangkan untuk mendapat pengecualian duti / cukai. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam.

1.2 Semua Mesin, peralatan dan alat ganti tidak boleh dijual, ditukarmilik, dieksport atau dikeluarkan dari kilang syarikat tanpa kebenaran Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.

1.3 Mesin, peralatan dan alat ganti yang tidak layak diberi pengecualian duti dan cukai adalah seperti berikut: forklift / crane / construction / building material / equipment, office equipment / furniture, fire-fighting and pollution equipment and vehicles, generator, petroleum and petroleum products, tyre, explosive and chemicals, air conditioning equipment dan alat-alat berkaitannya dan pakaian kakitangan.

1.4 Senarai inventori mesin, peralatan dan alat ganti hendaklah disediakan dan dikemaskini untuk pemeriksaan Kastam.

2. Bahan Mentah, Komponen, Aksesori dan Bahan Pembungkusan

2.1 Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam aktiviti pengilangan layak mendapat pengecualian duti / cukai. Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.

2.2 Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan boleh juga dibeli dari Gudang Berlesen, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen lain.

3. Alat Kelengkapan Lain Untuk Pengilangan.

3.1 Peralatan cleanroom dan alat bantu pengilangan (manufacturing aids) untuk kegunaan secara langsung dalam pengilangan boleh dipertimbangkan untuk pengecualian duti / cukai. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.

4. Pelepasan Import.

4.1 Pengimportan mesin, peralatan, bahan mentah, komponen, aksesori serta bahan pembungkusan hendaklah diikrar di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK). SMK akan membuat validasi secara otomatik berdasarkan nombor lesen GPB dan nombor pendaftaran syarikat. Bagi menuntut pengecualian duti import, kod jenis transaksi (transaction type) L (LMW Import) hendaklah digunakan.

4.2 Pengecualian duti import dituntut di bawah butiran 55, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan pengecualian cukai jualan di bawah Seksyen 57(a)(i) Akta Cukai Jualan 2018. Jenis transaksi yang digunakan adalah X (exemption) untuk pengecualian duti import dan OE (other) untuk pengecualian cukai jualan.

​4.3 Sekiranya pengimportan barang tersebut tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.

​​