KONSEP

Duti eksais adalah duti  yang dikenakan bagi barang-barang yang dikilangkan di Persekutuan atau yang diimport. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais adalah tersenarai dalam Perintah Duti Eksais 2004.

PENGECUALIAN DUTI EKSAIS

Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 1977 menyenaraikan  orang-orang yang diberi pengecualian dan barang-barang yang dikecualikan daripada duti eksais.(Hyperlink)

 KEMUDAHAN

  1. Bayaran Tertangguh - Kemudahan untuk membayar secara tangguhan ini diberi di bawah Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2004. Hanya kenderaan bermotor (selain motosikal) yang dibenarkan membayar secara tertangguh . Duti eksais hanya perlu dibayar apabila kenderaan terlibat mempunyai pembeli atau sedia didaftarkan di JPJ. Bagaimana pun jika kenderaan tidak didaftarkan dalam tempoh empat (4) tahun maka duti eksais ke atasnya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen.

  2. Bayaran Duti Secara Pendahuluan Blanket - Kemudahan ini merupakan pembayaran duti yang dibuat terdahulu atau secara pukal dan pelepasan barang (minuman keras sahaja) dibuat secara berperingkat. Kebenaran ini tertakluk kepada kelulusan serta syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

  3. Pulangbalik Duti Eksais (Seksyen 13 Akta Eksais 1976) - Kemudahan ini diberi kepada pemegang lesen apabila terlebih bayar duti eksais atau tersalah bayar duti eksais. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu tahun daripada duti eksais dibayar.

  4. Remisi Duti Eksais (Seksyen 14 Akta Eksais 1976) - Pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri untuk menghapus duti eksais jika apa-apa barang berduti rosak, musnah, kemalangan tidak dapat dielakkan dan hilang sebelum dipindahkan dari kawalan eksais.
​​​
​​