(Maklumat dikemaskini sehingga 29 Mei 2019)


Permohonan untuk menubuhkan zon bebas baru hendaklah dibuat dengan melalui proses berikut:-

1. Pemohon perlu menyediakan satu kertas kerja kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mendapatkan surat sokongan.

2. Kertas kerja perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Lokasi kawasan dan keluasan kawasan.
  • Status tanah (guna tanah / pemilikan tanah).
  • Aktiviti yang ingin dijalankan (Perdagangan / Pengilangan / Peruncitan).
  • Jenis barang dan perkhidmatan yang terlibat.
  • Justifikasi permohonan kawasan sebagai zon bebas.
  • Business development planning untuk memajukan kawasan.
  • Business viability.
  • Sumber kewangan.
  • Jangkaan return on investment (ROI).
  • Maklumat syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah / share holder.
  • Impak terhadap ekonomi, sosial, keselamatan dan persekitaran.
  • Sokongan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan lain-lain.
3. Surat permohonan, kertas kerja dan surat sokongan daripada Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan seperti alamat di bawah:-

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Analisa Cukai
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdanan, Presint 2
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

dan salinan kepada:

Ketua Pengarah Kastam
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Perkastaman
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

4. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat kelulusan dasar yang mengandungi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon. Setelah itu, pemohon boleh menghubungi Bahagian Perkastaman, Ibu Pejabat JKDM untuk tindakan selanjutnya.

5. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan bagi melengkapkan proses pewartaan:
  • Pelan Warta dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri.
  • Surat pencalonan Pihak Berkuasa Zon dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
  • Surat sokongan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

6. Dokumen yang lengkap akan diproses oleh JKDM dan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk ditandatangani oleh Menteri dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

7. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat pelantikan Pihak Berkuasa Zon. ​