ATA Carnet adalah dokumen yang digunakan diperingkat antarabangsa kepada negara yang layak (ahli Konvensyen Istanbul) mengikut syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport atau mengeksport barangan secara sementara dengan jaminan dari Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) bagi melindungi duti yang terlibat, menggunakan Carnet bagi menggantikan penggunaan borang kastam. Barangan yang diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 3 bulan atau tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pejabat Kastam pintu masuk pertama. Sekiranya gagal untuk mengeksport semula duti/cukai hendaklah dijelaskan dengan serta-merta di mana-mana Pejabat Kastam berdekatan. Sekiranya barangan hendak dijual, duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Satu kelulusan ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu negara yang menjadi anggota ATA Carnet. Sekiranya negara bukan anggota ATA Carnet, pemohon boleh memohon meng​gunakan Import Sementara. Permohonan ATA Carnet boleh dibuat melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) yang beralamat seperti berikut:

Pengarah Eksekutif
Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Antarabangsa
C-8-8, Tingkat 8, Blok C, Plaza Mont Kiara
2 Jalan 1/70C, Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur
Tel: (03) 6201-7708
Fax: (03) 6201-7705
Laman web: www.micci.com
Email: micci@micci.com

 

  1. Syarat Penggunaan sistem ATA Carnet
    • Barangan tidak boleh dijual atau tukar milik.
    • Barangan yang sama hendaklah dieksport semula ke negara asal sebelum tamat tempoh.
    • Lesen/permit hendaklah dikemukakan bagi barangan yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2008 / Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport ) 2008.
  2. Prosedur Import/Eksport Barangan Melalui ATA Carnet
  3. Perlanjutan Tempoh
    • Tempoh import sementara ATA CARNET yang dibenarkan adalah dihadkan kepada 3 bulan dari tarikh ianya diimport.
    • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri sebelum tempoh kelulusan asal tamat.
  4. Permohonan ATA Carnet

Permohonan ATA Carnet untuk eksport dibuat :

Pengarah ​Eksekutif
Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Antarabangsa
C-8-8, Tingkat 8, Blok C, Plaza Mont Kiara
2 Jalan 1/70C, Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur
Tel: (03) 6201-7708
Fax: (03) 6201-7705
Laman web: www.micci.com
Email: micci@micci.com

ATA Carnet bagi barangan yang diimport dikeluarkan oleh agensi yang diberi tauliah oleh Kerajaan dinegara pengeksport masing-masing.