Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

PEMBERITAHUAN BERKENAAN KADAR DUTI EKSPORT BAHARU KE ATAS MINYAK SAWIT MENTAH (CPO) MULAI 1 JANUARI 2020

Tarikh: 30/12/2019

PEMBERITAHUAN BERKENAAN KADAR  DUTI EKSPORT BAHARU KE ATAS MINYAK SAWIT MENTAH (CPO) MULAI 1 JANUARI 2020 

               Adalah dimaklumkan kajian semula kadar duti eksport ke atas minyak sawit mentah yang telah dilaksanakan semasa pengumuman Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 yang lalu, YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 bersetuju mengecualikan duti eksport sebahagian ke atas minyak sawit mentah (Crude Palm Oil – CPO) di bawah kod tarif 1511.10.0000 yang dieksport bagi tempoh mulai 1 Januari 2020. 

2.                Sehubungan itu, pengecualian duti eksport ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 

  1. Pengecualian duti eksport sebahagian ini diberi kepada pengeksport CPO yang berlesen dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan lesen masih sah laku semasa pengeksportan dibuat;
     
  2. Dengan pengecualian duti eksport sebahagian yang diberikan ini, kadar duti eksport baharu yang perlu dibayar oleh pengeksport CPO adalah seperti berikut; dan
     

Harga Eksport CPO

(FOB RM/tan)

Kadar Duti Eksport Baharu (%)
<2,250.00NIL
2,250 – 2,4003
2,401 – 2,5504.5
2,551 – 2,7005.0
2,701 – 2,8505.5
2,851 – 3,0006.0
3,000 – 3,1506.5
3,151 – 3,3007.0
3,301 – 3,4507.5
> 3,450.008.0

3.            Selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 12, Akta Kastam 1967, Menteri, bagi maksud pengenaan dan pembayaran duti Kastam di bawah Perintah Duti Kastam 2017, menetapkan nilai se tan minyak sawit mentah (CPO) bulanan yang berkuat kuasa melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan yang mana boleh dirujuk pada laman sesawang www.federalgazette.agc.gov.my
 

4.            Kadar duti eksport baharu CPO ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 dan sehingga ia dikaji semula kelak.