Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

PENIPUAN PENJUALAN GITAR "MARTIN" MENGGUNAKAN NAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)

Tarikh: 15/01/2018

​JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

PUTRAJAYA

_____________________________________________________________________________________

UNTUK SIARAN SEGERA

 

BILANGAN 1-1 / 2018

 

PENIPUAN PENJUALAN GITAR "MARTIN" MENGGUNAKAN NAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)

 

1.         Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan penglibatan JKDM dengan sebarang aktiviti penjualan gitar jenama Martin seperti yang dinyatakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab menerusi laman web http://www.zaintop.com/marting3my berbahasa Mandarin yang bertajuk "Jabatan Kastam Mengadakan Jualan Diskaun, Gitar Terbaik Dunia, Gitar Jelajah Martin" 

2.        Adalah ditegaskan bahawa pihak Kastam tidak pernah membuat penjualan barang-barang rampasan kepada orang awam melalui pihak ketiga.

3.        Kaedah yang digunakan oleh sindiket ini adalah melalui pengiklanan di laman sesawang http://www.zaintop.com/marting3my yang mendakwa gitar jenama Martin tersebut akan dijual dengan harga RM388.00 seunit dan RM588.00 untuk dua unit berbanding harga di pasaran yang dianggar bernilai RM4,335.00 seunit. 

4.        Justeru itu, pihak JKDM turut memandang serius dan menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Jangan membuat sebarang transaksi tanpa membuat sebarang semakan dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu. 

5.        Untuk sebarang semakan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1300-888-500 (Pertanyaan Umum), 1800-888-855 (Aduan Penyeludupan), 03-88822100 (Ibu Pejabat, Putrajaya) atau menerusi e-mel pertanyaan ccc@customs.gov.my dan e-mel aduan di aduan@customs.gov.my.

 

 Sekian, terima kasih.

 

  MOHD HISHAM BIN MOHD NOR

 KETUA CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM

 IBU PEJABAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

 PUTRAJAYA