Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

NOTIS PERINGATAN ​SCAM PANGGILAN TELEFON

Tarikh: 20/12/2017

NOTIS PERINGATAN

SCAM PANGGILAN TELEFON

 

Akhir-akhir ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menerima banyak laporan berkaitan kes penipuan atau scam menggunakan panggilan telefon. Sindiket penipuan yang dipercayai dilakukan oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon secara rambang kepada orang awam dengan mendakwa mereka sebagai wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui talian 1300 735 798 atau 4640 9078 dan lain-lain nombor yang tidak berkaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 

MODUS OPERANDI :

 

  1. Mangsa mendapat panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa sebagai wakil dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  2. Suspek meminta mangsa membuat pengesahan nombor kad pengenalan diri / pasport.
  3. Suspek memaklumkan bahawa mangsa telah dikenakan sejumlah penalti oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia terutamanya dari Bahagian GST.
  4. Suspek memberi amaran terakhir, sekiranya tidak menjelaskan penalti, tindakan seterusnya akan di ambil terhadap mangsa.

 

Taktik penipuan ini telah digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

 

NASIHAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA :

 

  1. Bertenang dan ingat sama ada anda mempunyai sebarang urusan / kepentingan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau tidak. Jika tidak, abaikan panggilan tersebut.
  2. Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, pasport, nombor akaun bank dan sebagainya.
  3. Berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  4. Jangan menghubungi semula nombor telefon yang diberikan oleh pihak berkenaan sebaliknya buat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui talian yang betul.
  5. Untuk sebarang semakan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di saluran berikut :

     
  • 1300 888 500 (Pertanyaan Umum)
  • 1800 888 855 ( Aduan Penyeludupan)
  • 03 - 8882 2100 ( Ibu Pejabat, Putrajaya)
  • ccc@customs.gov.my
  • aduan@customs.gov.my