​Apakah Gudang Pengilangan Berlesen?

Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) ialah premis yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah seksyen 65/65A Akta Kastam 1967 untuk menyimpan barangan belum dibayar duti kastam/cukai bagi menjalankan aktiviti pengilangan barang siap yang berorientasikan eksport.​

Siapakah yang layak memohon GPB?

  • Pengilang yang mana aktiviti pengilangan menepati tafsiran pengilangan di bawah seksyen 2(1) Akta Kastam 1967.
  • Pengilang yang mengeksport barang siap melebihi 80% daripada jumlah nilai pengeluaran dalam tempoh 12 bulan.
  • Pengilang yang memiliki Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.

Dimana lesen GPB boleh dipohon?

Permohonan boleh dikemukakan ke Pusat Pelesenan Bersetempat/ Pejabat Kastam Negeri  yang terdekat dengan premis pengilangan.

Berapakah bayaran lesen yang dikenakan?

Bayaran lesen sebanyak RM 1200.00 setahun