Dimaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggunapakai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan MyINTEGRITI mulai 16 Oktober 2020 bagi menggantikan sistem e-Aduan sedia ada dan ianya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan aduan awam dan aduan dalaman di JKDM.
Fungsi kedua-dua sistem adalah seperti berikut:
• Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) merupakan medium pelaporan/aduan berkaitan ketidakpuasan hati / penghargaan / pertanyaan terhadap penyampaian perkhidmatan Jabatan melalui pautan https://customs.spab.gov.my.
• Manakala Sistem MyINTEGRITI merupakan medium pelaporan/aduan yang dikhaskan berkaitan salah laku dan integriti pegawai dengan menggunakan pautan https://customs.integriti.gov.my.
Untuk makluman capaian bagi kedua-dua sistem ini hanya boleh mula diakses pada 16 Oktober 2020.