1. Permohonan Pelesenan Kilang/ Gudang Produk Minuman Bergula/ SSB

Pengilangan atau penyimpanan barangan berduti eksais bagi produk minuman bergula/ SSB adalah tertakluk kepada suatu lesen eksais. Permohonan lesen eksais hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Eksais, JKDM Negeri di mana premis berada.

        i.  Lesen Eksais di Bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976 
  • Kilang-kilang dalam negara yang mengilang barangan berduti eksais perlu dilesenkan di bawah seksyen 20, Akta Eksais 1976.
  • Pengilang hendaklah memohon untuk dilesenkan kepada pegawai kanan eksais yang menjaga daerah dimana premis berada.
       ii. Lesen Eksais di Bawah Seksyen 25, Akta Eksais 1976 
  • Gudang penyimpanan barang berduti eksais perlu dilesenkan di bawah Seksyen 25, Akta  Eksais 1976. Pelesen yang telah dilesenkan di bawah Seksyen 20, tidak   perlu memohon lesen gudang di bawah Seksyen 25 sekiranya gudang tersebut berada di premis yang sama.

2. Tatacara Permohonan Lesen Produk Minuman Bergula

i. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh: 
  • Pemilik Tunggal/Perkongsian – oleh Pengkongsi
  • Syarikat – oleh Pengarah
ii. Permohonan hendaklah dimajukan kepada pegawai kanan Eksais yang menjaga daerah.

iii. Pastikan salinan dokumen-dokumen berikut disertakan dalam 2 salinan:
  • Surat Rasmi Permohonan Lesen Eksais Untuk Mengilang Minuman Bergula
  • Borang Permohonan Am Untuk Lesen – Borang JKDM1 
  • Salinan Sijil / Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan / Syarikat 
  • Memorandum and Articles of Association (MMA)
  • Salinan Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelaran Perindustrian 1975 (jika berkaitan)
  • Senarai Mesin dan Jentera Yang Digunakan
  • Senarai Barang Siap, Brand, Packaging
  • Nisbah Input / Output (gula)
  • Carta Aliran Pengilangan
  • Salinan Plan yang menunjukkan tapak bina / susunan premis / susunan jentera dan tandakan ruang-ruang berikut:
- Ruang pengilangan (Kuning)
- Kawasan yang dilesenkan (Garis Merah)
- Ruang sisa (Jingga)
- Ruang Mesin (Coklat)
  • ​Surat Kelulusan Bomba
  • Surat Kelulusan Jabatan Alam Sekitar
  • Contoh Tandatangan Pegawai Yang Diberikuasa Untuk Berurusan Dengan JKDM

3. Jaminan Bank

Jaminan Bank hendaklah dikemukakan untuk pematuhan terhadap akta dan keselamatan hasil sebelum lesen dikeluarkan.
Pengiraan jaminan bank hendaklah berpandukan kepada pengiraan berikut:

Contoh : Anggaran duti eksais setahun : RM21,000

Jaminan Bank = RM 21,000.00 (Jumlah Duti Eksais Setahun)  x 15%
            12

  =  RM262.50

*Tujuan : untuk menjamin keselamatan hasil negara



4. Bayaran Lesen

Bayaran lesen mengikut Peraturan-Peraturan Eksais (Pindaan) 2019 adalah sebanyak RM200.00 setahun


5. Tempoh Pelesenan

  • Tempoh pelesenan adalah 1 tahun hingga 2 tahun.
  • Pelesenan hendaklah bermula dari 1 haribulan setiap bulan.
  • Contoh : 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020.

​6. Ke manakah permohonan perlu  dihantar?

Permohonan yang lengkap dikemukakan kepada pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang menjaga daerah di mana kilang/ premis yang akan dilesenkan itu terletak. Senarai stesen-stesen boleh dirujuk dalam portal JKDM http://www.customs.gov.my.


7. Pembaharuan Lesen

i. Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum lesen tamat. Permohonan hendaklah dibuat dalam 3 salinan kepada pegawai kanan Jabatan Kastam 
                dan Eksais Diraja yang menjaga daerah di mana kilang/premis berada. 
ii. Permohonan yang layak akan diperbaharui untuk tempoh 1 tahun atau maksimum 2 tahun. 


8. Pengecualian dari pelesenan

i. Pengilang berlesen di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967.
ii. Mana-mana pengeluar isi rumah wain merah.
iii. Pengilang yang mengeluarkan barang-barang di bawah kepala 20.09 yang jumlah kandungan gulanya ialah 12 gram tiap-tiap 100 mililiter (12g/1000ml) atau kurang.
iv. Pengilang yang mengeluarkan minuman di bawah kepala 22.02 yang jumlah kandungan gulanya ialah 5 gram tiap-tiap 100 mililiter (5g/100ml) atau kurang.
v. Pengilang yang mengeluarkan minuman di bawah kepala 2202, yang berasaskan susu sebagaimana yang dinyatakan di bawah Bab 4, yang jumlah kandungan gulanya ialah 7 gram                  tiap-tiap 100 mililiter (7g/1000ml) atau kurang.
vi. Rujuk Perenggan 3, Perintah Eksais (Pengecualian Daripada Pelesenan) 2019.