​​​

 Content Editor

Kemudahan membawa barangan  isi rumah (household effects) diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara atau rakyat asing yang berpindah ke Malaysia untuk tujuan bekerja atau belajar ke atas barangan isi rumah yang telah digunakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-


(a) Pengimport adalah pemilik kepada barangan isirumah tersebut;

(b) Pengimport  telah memiliki dan menggunakannya untuk tempoh tidak kurang daripada tiga bulan;

(c) Barangan  isirumah tersebut  tidak boleh dilupuskan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; dan

(d) Pengimport menukar tempat kediamannya daripada  tempat di luar Malaysia ke suatu tempat di dalam Malaysia.


Kemudahan membawa barangan persendirian  (personel effects) diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara atau rakyat asing yang berpindah ke Malaysia untuk tujuan bekerja atau belajar ke atas barangan persendirian  yang dibawa bersama yang telah digunakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

(a)  Barangan persendirian yang dibawa bersama;

(b) Barang persendirian  yang telah digunakan secara 'regular'  dan untuk kegunaan sendiri sebelum diimport mengikut tempoh kegunaan yang memuaskan hati kastam;  dan

(c) Barangan persendirian tersebut diimport untuk kegunaan pengimport sahaja.

Pemilik hendaklah mengikrar  menggunakan Borang Kastam No.1 atau secara elektronik melalui kedai EDI atau melalui wakil penghantaran  yang dilantik secara bertulis oleh pemilik.

Kod tarif yang berkaitan adalah seperti berikut:

9800.00.400 barangan persendirian yang telah digunakan; atau

9800.00.500 barangan isirumah yang telah digunakan.

Barangan persendirian dan barangan isirumah yang mendapat kemudahan tersebut di atas adalah tidak berduti/cukai. Permit untuk barangan  yang berkaitan dari agensi yang berkenaan hendaklah diperolehi sebelum pengimportan dibuat. Sebagai contoh, pengimportan peralatan elektrik memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my

​​