​​

 Content Editor

Mayat atau abu mayat warganegara Malaysia yang meninggal dunia di luar negara boleh dibawa balik ke Malaysia. Mayat atau abu mayat isteri atau suami yang bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia di luar Negara juga boleh dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan persemadian. Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk mayat atau abu mayat bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

​Prosedur yang perlu diikut​​​i untuk membawa balik mayat adalah seperti berikut :

  1. Ahli keluarga atau sesiapa hendaklah mendapatkan permit mengimport mayat yang dikeluarkan oleh Kementerian KesihatanMalaysia. Sebarang pertanyaan mengenai permit mengimport mayat boleh dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan di alamat http://www.moh.gov.my.
  2. Semua mayat yang dibawa masuk akan disahkan oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk sebelum dibenarkan pelepasan.
  3. Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

    3.1 Aiway Bill / Manifest /Train Load List (yang mana berkenaan).
3.2 Surat pelep​asan dari operator lapangan terbang/pelabuhan (Melalui udara / laut sahaja).

Prosedur yang perlu diikuti untuk membawa balik abu mayat adalah seperti berikut :

  • Abu mayat dibenarkan dibawa balik ke Malaysia oleh isteri/suami/keluarga/saudara/rakan/wakil yang diberi kebenaran oleh ahli keluarganya tanpa memerlukan Permit Mengimport dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Prosedur yang perlu diikuti untuk membawa keluar mayat adalah sama seperti prosedur membawa masuk melainkan keperluan untuk mendapatkan permit membawa keluar mayat. Bagi abu mayat, pembawa hendaklah memaklumkan pegawai kastam yang bertugas di pintu-pintu keluar Negara mengenainya dengan menunjukkan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

​​