​​

​1. Pengimport
  • Ikrar dalam Borang Kastam No. 1/ Borang Kastam No. 9
  • Pastikan produk dilabelkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang menunjukkan dengan jelas kandungan total sugar dalam minuman tersebut.
  • Ikrar dan bayar duti/cukai untuk produk yang melebihi nilai ambang kandungan total sugar
  • Untuk menuntut pengecualian duti eksais ke atas minuman bergula yang mempunyai kandungan total sugar sama atau di bawah nilai ambang, pengimport hendaklah                            membuat tuntutan melalui Butiran 38 atau 39, Perintah Duti Eksais (Pengecualian)(Pindaan) 2019. Tuntutan hendaklah disertakan dengan laporan makmal (lab report) yang           dikeluarkan oleh makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)
  • Maklumat berkenaan makmal yang telah diakreditasi boleh diperolehi melalui portal rasmi JSM. Tatacara membuat carian maklumat berkenaan adalah seperti di dalam                      portal MyExcise.

2. Pelesen
  • Ikrar dalam Borang Eksais No. 7