Content Editor

Selamat datang ke Laman Web Rasmi

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

 ​

Portal ini berfungsi sebagai medium perantara yang menghubungkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan pelanggan dalaman dan luaran. Ia dibangunkan khusus bagi memberi kemudahan menerusi penyaluran maklumat berkaitan perihal perkastaman dan percukaian tidak langsung yang terkini kepada semua pihak yang berkepentingan.

JKDM mempersiapkan portal ini sebagai sebuah mekanisme komunikasi yang signifikan dan efektif dalam menghebahkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat, sekaligus mewujudkan keadilan dan kecekapan dalam melaksanakan sistem percukaian negara. Selain itu, orang ramai dapat mengakses variasi maklumat penting JKDM dalam pelbagai sektor merangkumi maklumat korporat, organisasi dan hal ehwal perkastaman seperti Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Melalui portal ini, JKDM juga menyediakan kemudahan perkhidmatan atas talian seperti HS-Explorer, FOREX, Authorised Economic Operator (AEO), e-Lesen, e-VIS, e-aduan, dan CJP Online. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi tonggak utama dalam menzahirkan pengurusan perkhidmatan yang cemerlang di JKDM. Inisiatif ini terus diperkasa dalam meningkatkan pematuhan, dan seterusnya menyumbang kepada agenda pembangunan negara bangsa yang berjaya. JKDM juga sentiasa bergerak seiring dengan hasrat murni serta aspirasi negara bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Mudah-mudahan portal ini berupaya menjadi sebuah wacana ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat dalam mendapatkan sumber maklumat JKDM secara holistik. dan lain-lain juga disediakan bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan Jabatan berurusan dengan Jabatan ini tanpa perlu hadir ke pejabat. Orang ramai juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan.

Sesungguhnya, JKDM akan kekal komited untuk memastikan hanya perkhidmatan yang terbaik sahaja diberikan kepada pelanggan. Justeru, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau maklum balas daripada pelayar portal ini demi memastikan setiap inisiatif percukaian yang direncana dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Sekian, Terima Kasih.​

DATO' SERI PADDY BIN ABD. HALIM
KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA