Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

PERUTUSAN KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA BERSEMPENA HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2018

Tarikh: 21/12/2017

‚Äč

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

BERSEMPENA HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2018

 

Ketibaan Hari Krismas sering ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat terutamanya penganut beragama Kristian. Tanggal 25 Disember bukan sahaja diisytiharkan sebagai cuti umum, malah sebagai sebuah negara harmoni yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, rakyat Malaysia sepatutnya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama menikmati kemeriahan variasi perayaan dalam setahun. Hari Krismas adalah suatu masa yang ideal untuk diluangkan bersama-sama keluarga serta kenalan tersayang.

Seminggu selepas perayaan Krismas, kita bakal menyambut ketibaan Tahun Baru 2018. Sedang tahun 2017 melabuhkan tirainya meninggalkan seribu satu kenangan, kemunculan tahun 2018 sentiasa dinanti-nantikan berbekalkan azam serta impian yang segar. Sesungguhnya, ketibaan tahun 2018 adalah sebuah wadah terbaik bagi melafazkan rasa syukur atas kurniaan anugerah serta limpahan rahmat yang kita nikmati sehingga ke hari ini. Sempadani perkara yang keruh, teladani fasal yang jernih. Semoga setiap usaha dan perancangan kita sepanjang tahun 2018 bakal beroleh kejayaan yang cemerlang.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meraikan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 kepada semua warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan semangat dan motivasi baru di musim perayaan ini berupaya membawa impak positif ke arah memartabatkan keunggulan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 

Merry Christmas & Have A Prosperous 2018!

Dato' Sri Subromaniam Tholasy

KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA