Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Berita

Perutusan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Sempena Bulan Ramadhan 1436H/ 2015 M

Tarikh: 18/06/2015

 

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

SEMPENA BULAN RAMADHAN 1436H / 2015 M

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBH.

1. Saya mulakan dengan membaca firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:

 "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa."

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Penghulu segala bulan, iaitu Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan dan kebaikan ini serta menjadi bulan peningkatan iman dan takwa seseorang.

2. Sempena keberkatan Ramadhan ini, marilah kita perteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita dengan rakan sekerja, keluarga, jiran tetangga, pelanggan dan rakyat keseluruhannya.

3. Dalam kenikmatan menyambut Ramadhan, janganlah pula kita melupakan saudara dan rakan sekerja kita yang telah meninggal dunia atau sedang ditimpa musibah dan kesusahan. Sama-samalah  kita menadah tangan mendoakan kesejahteraan mereka serta menghulur bantuan seikhlas mungkin. Mudah-mudahan dengan doa, pertolongan dan sedekah yang diberikan dalam bulan yang mulia ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT serta memberi sinar kegembiraan kepada mereka yang dalam kesusahan.

4. Akhir kalam, saya ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak" dan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, serta seluruh rakyat Malaysia.   

5. Marilah kita memanfaatkan bulan yang penuh rahmat ini bagi mendapat ganjaran kebaikan seribu satu bulan.

6. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


DATO' SRI KHAZALI BIN HAJI AHMAD,
KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA.

1 Ramadhan 1436H / 18 Jun 2015