Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Arkib Pengumuman

Carian Kata Kunci:
Tarikh Dari:
Select a date from the calendar.
Tarikh Sehingga:
Select a date from the calendar.
 

PERUTUSAN KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA BERSEMPENA HARI WESAK TAHUN 2017

Tarikh: 10/05/2017

​...

Pemakluman waktu operasi Pusat Panggilan Kastam (CCC) pada 10 Mei 2017

Tarikh: 08/05/2017

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan Kastam (CCC) tidak beroperasi pada 10 Mei 2017 sempena Hari Wesak.​...

Waktu Operasi Pusat Panggilan Kastam 5 Mei & 6 Mei 2017

Tarikh: 05/05/2017

Pinda​​an masa  operasi Pusat Panggilan Kastam (CCC) adalah seperti berikut:

PERUTUSAN KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA BERSEMPENA HARI PEKERJA TAHUN 2017

Tarikh: 28/04/2017

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

BERSEMPENA HARI PEKERJA TAHUN 2017

 

Salam Sejahtera, Salam Satu Kastam dan Salam Negaraku Malaysia.

 

Tanggal 1 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Pekerja peringkat kebangsaan. Pada tahun ini, tema; "Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi" telah diangkat sebagai tema sambutan. Pemilihan tema ini adalah sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam usaha memartabatkan budaya kerja kreatif dan inovatif dalam kehidupan masyarakat ke arah memperkasakan produktiviti dan kualiti hasil kerja.

 

Bersempena dengan kehadiran Hari Pekerja bagi tahun 2017 ini, suka untuk saya tegaskan bahawa golongan pekerja atau kumpulan sumber manusia merupakan sebuah aset yang paling penting dalam menjamin kelangsungan dan kestabilan operasi sesebuah organisasi. Faktor keselamatan pegawai yang menjadi salah satu fokus utama barisan kepimpinan tertinggi jabatan menjadi bukti betapa pentingnya penglibatan warga jabatan dalam memacu keunggulan mutu Jabatan Kastam. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tanpa jalinan toleransi dan kerjasama erat di kalangan warga, sudah tentu kita tidak mampu untuk mengecapi kecemerlangan prestasi seperti yang kita ada sekarang.

 

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan seluruh golongan pekerja di Malaysia. Saya berharap agar sambutan Hari Pekerja pada tahun ini berupaya menyuntik semangat dan motivasi baru ke arah memartabatkan keunggulan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 

Sekian, Selamat Hari Pekerja.

 

DATO' INDERA SUBROMANIAM THOLASY,

KETUA PENGARAH KASTAM,

MALAYSIA.

...

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI CRISIS CENTER PDK 2017

Tarikh: 07/04/2017

​...