PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29 DI PORTAL SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) Tarikh: 23/03/2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membuat pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Iklan bagi pendaftaran permohonan jawatan ini telah pun dimuat naik dalam portal SPA http://www.spa.gov.my. 3. Sehubungan itu, pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang sedang berkhidmat serta mempunyai kelulusan diploma dan setaraf / KPSL bolehlah membuat pendaftaran permohonan jawatan tersebut melalui portal SPA seperti yang dinyatakan diatas. Bagi pegawai yang telah mendaftar permohonan, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. 4. Sukacita dingatkan jua, pegawai dikehendaki mengisi "ruangan tempat berkhidmat" dalam borang permohonan SPA8i dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA dan bukan KEMENTERIAN KEWANGAN bagi memudahkan pihak SPA membuat rujukan. 5. Tarikh tutup untuk permohonan adalah sebelum atau pada 25 Mac 2018 (Ahad) jam 11.59 malam. 6. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Unit Pengambilan Cawangan Perkhidmatan Dan Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Putrajaya
|