Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

​PROSES PERALIHAN GST (IMPORT) KE CUKAI JUALAN (IMPORT)

Tarikh: 28/08/2018

​PROSES PERALIHAN GST (IMPORT) KE CUKAI JUALAN (IMPORT)

​ Adalah dimaklumkan bahawa Akta Cukai Jualan 2018 akan berkuatkuasa pada 1 September 2018 bagi menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (GST). Berhubung dengan pelaksanaan tersebut, peralihan GST (Import) akan digantikan dengan Cukai Jualan (Import) pada (jam 12.01 pagi) 1 September 2018.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar, YBhg. Dato' / Tuan / Puan dikehendaki mengambil tindakan berikut: 

3.1.  Pengikraran Borang Kastam No. 1 dan Borang Kastam No. 9 hendaklah dikemukakan melalui Sistem Maklumat Kastam (SMK) sebelum jam 6.00 petang pada 31 Ogos 2018 untuk pengikraran yang melibatkan stesen yang beroperasi 24 jam dan jam 4.00 petang bagi stesen yang tidak beroperasi 24 jam;

3.2.  Pembayaran duti / cukai hendaklah dilakukan sebelum jam 9.00 malam pada 31 Ogos 2018 2018 untuk pengikraran yang melibatkan stesen yang beroperasi 24 jam dan jam 5.00 petang bagi stesen yang tidak beroperasi 24 jam.

Bagi borang-borang yang belum berstatus "released" sebelum jam 9.00 malam bagi stesen yang beroperasi 24 jam dan jam 5.00 petang bagi stesen yang tidak beroperasi 24 jam adalah tertakluk kepada cukai jualan pada 1 September 2018. Manakala bagi barangan yang telah berstatus "released" tetapi masih berada di dalam kawasan pelabuhan adalah tidak tertakluk kepada cukai jualan.

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

           Pusat Kawalan Krisis.

 

  • Tel       :        03-88822289 / 03-88822303 / 03-88822492 / 03-88822617
  • Fax      :        03-78067599
  • Emel    :        ccc@customs.gov.my