Rabu, Mei 22, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

PERATURAN PERGERAKAN BARANGAN KE REPUBLIK UZBEKISTAN MULAI 1 APRIL 2013

Panduan

Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

Kastam Uzbekistan telah mengemukakan notis makluman berhubung dengan Peraturan Pergerakan Barangan Ke Republik Uzbekistan (Salinan Peraturan Disertakan) Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini bolehlah berhubung dengan En Timur Khodjamiyarov, International Customs, Cooperation Division, State Customs Commitee of Uzbekistan di talian (+99871) 1207600 (2722), emel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Panduan Prosedur dan Peraturan Membawa Keluar (Eksport) - Barang Strategik Di Bawah Akta Perdagangan Strategik 2010

Panduan

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 
Akta Perdagangan Strategik 2010 telah diwartakan pada 10 Jun 2010 manakala Peraturan-Peraturan Perdagangan Strategik 2010, Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010, Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang)  2010 dan Peraturan-Peraturan Perdagangan Startegik (Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 2010 telah diwartakan pada 31 Disember 2010.

Tujuan Akta Perdagangan Strategik 2010 adalah seperti berikut :-

  • Mengawal ke atas eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barang strategik, termasuk senjata dan bahan yang berkaitan, dan aktiviti lain yang akan atau boleh memudahkan reka bentuk, pemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya (proliferation of weapons of mass destruction).
  • Melindungi pengeksport Malaysia daripada diperalatkan dan dijadikan saluran haram dalam pembekalan barang strategik bagi percambahan senjata pemusnah besar-besaran.
  • Melaksanakan obligasi antarabangsa yang lain demi memelihara kepentingan dan keselamatan negara.

Bidangkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam perundangan Akta Perdagangan Strategik 2010 adalah merangkumi mengawal dan penahanan barang strategik yang tiada permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 oleh pegawai JKDM di Bahagian Import / Eksport dan pintu masuk / keluar negara termasuk penyiasatan dan pendakwaan oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM.

Seseorang yang hendak membawa keluar/mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang strategik yang ternyata dalam Bahagian 1 dan 2 Jadual Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 adalah dikehendaki memperolehi permit  di bawah Akta ini. Disamping itu, Permit Khas hendaklah diperolehi untuk barang strategik jika ke negara dan destinasi terhad seperti di Bahagian 3 Jadual Pertama Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang) 2010. Semua pengembara yang meninggalkan Malaysia dengan barang strategik adalah juga dikehendaki memperolehi permit  di bawah Akta ini dan mengikrar kepada kastam di pintu keluar negara dengan menggunakan Borang Kastam No. 22.

Senarai barang strategik boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini dan maklumat ringkas mengenai Akta Perdagangan Strategik  2010 boleh diperolehi dari www.miti.gov.my.

Kegagalan mengemukakan permit dan / atau permit khas untuk barang strategik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1), 9(2) dan 9(3) Akta Perdagangan Strategik  2010 dan apabila disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(4), 9(5) dan 9(6) Akta yang sama.

Pihak Berkuasa yang memproses permohonan permit / permit khas seperti yang tercatat dalam Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 adalah seperti berikut:-

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Lembaga Perlesenan Tenaga  Atom
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Malaysian Multimedia and Communications Commission)
  • Pharmaceutical Services Division, Ministry of Health

Semua permohonan permit boleh dibuat secara online melalui www.mytradelink.gov.my tetapi pemohon mesti mendaftar terlebih dahulu secara online dengan Dagang Net Technologies SdnBhd di www.dagangnet.com.

Pengeksport hendaklah memastikan permit telah diperolehi daripada agensi yang mengeluarkan permit itu untuk barang yang disenaraikan dalam Bahagian 1 dan 2 Jadual kepada Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 sebelum pengeksportan dibuat.

Semasa pengikraran K2 atau K8 Eksport secara online, pengeksport / agen penghantaran hendaklah membuat pengikraran secara ’Self-Declaration’ di skrin antara muka (front-end) di kotak Yes’ bagi barangan yang dikenakan permit dan kotak No’ bagi barangan yang tidak dikenakan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

Sekiranya memilih Yes’, maka nombor permit hendaklah dimasukkan. Nombor permit tersebut diberi oleh agensi pengeluaran permit setelah permohonan mendapatkan permit diluluskan. Nombor ini akan divalidasi oleh Sistem Maklumat Kastam (SMK) dan jika betul, SMK akan mengesahkan CUSDEC K2 / K8 Eksport. Sekiranya nombor permit tersebut tidak sah, maka sistem akan menolak dengan Kod Ralat dan orang perseorangan/pengeksport/agen hendaklah membuat pengikraran semula secara elektronik. Sekiranya pendaftaran CUSDEC K2 / K8 Eksport masih juga tidak berjaya didaftarkan maka pengekport / agen penghantaran hendaklah merujuk kepada agensi pengeluaran permit berkenaan.

 

Panduan Prosedur Perkastaman Pulau Bebas Cukai (PBC)

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Labuan, Langkawi dan Tioman telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) masing-masing pada 1hb September 1956 bagi Labuan melalui Ordinan Kastam (Pindaan No.2) 1956,  pada 1hb Januari 1987 bagi Langkawi melalui Akta Kewangan (No. 2) 1986 dan pada 1hb September 2002 bagi Tioman melalui Akta Kastam (Pindaan) 2002 (Akta 1162). Barang-barang yang bebas cukai di PBC ialah semua barang-barang kecuali petroleum dan barang keluaran petroleum. Walau bagaimanapun semua jenis kenderaan bermotor adalah berduti/cukai bagi Tioman seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Tioman) 2004, Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 dan Perintah Cukai Jualan (Tioman) 2004. Bagi Langkawi, barangan yang tersenarai di bawah Perintah Duti Kastam (Langkawi) 1986 iaitu simen, marmar, getah dan ikan bilis yang dibawa masuk ke Langkawi dari luar Malaysia adalah dikenakan duti/cukai mengikut kadar yang ditetapkan.

Pulau Bebas Cukai (PBC) ditubuhkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan industri perdagangan dan pelancongan. Bagi mencapai tujuan tersebut, pelawat tempatan dan pelawat asing yang datang atau balik dari PBC setelah berada di PBC Labuan tidak kurang dari 24 jam atau PBC Langkawi / Tioman tidak kurang dari 48 jam adalah layak untuk menikmati pengecualian duti di bawah Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988. Bagi barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan di bawah Butiran 19, ianya akan dikenakan duti dengan kadar 30% ke atas nilai barangan kecuali bagi bir / minuman keras, rokok / tembakau, tayar dan tiub dimana kadar duti/cukai adalah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam. Sila layari laman web JKDM HS-EXPLORER dan masuk kod tarif sebagai input pencarian di Search Tariff dan pilihan Search By HS- Code seperti berikut:

Bil

Barangan

Kod Tarif

1

Minuman Keras

2203 dan seterusnya

2

Rokok

2402 dan seterusnya

3

Tembakau

2403 dan seterusnya

4

Tayar

4011 dan seterusnya

5

Tiub

4013 dan seterusnya

Pengimportan dan pengeksportan barang dagangan dari / ke PBC hendaklah melalui tempat pendaratan yang sah mengikut kategori barang dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keperluan lesen import bagi pengimportan barangan yang tersenarai di dalam Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 ke PBC tidak terpakai. Walau bagaimanapun pengimportan rokok / tembakau dan minuman keras dari luar negara ke Pulau Bebas Cukai memerlukan lesen import di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977. Sila rujuk prosedur pengimportan rokok / tembakau dan bir / minuman keras .

Bagi pemilik kenderaan yang berpindah mastautinnya dari PBC ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan telah bermastautin melebihi setahun dan telah mendaftarkan kenderaannya di PBC tidak kurang dari 6 bulan adalah layak menikmati  kadar pengecualian sepenuhnya duti import di bawah Butiran 141 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan tertakluk kepada syarat-syarat lain di bawahnya . Bagi penduduk Labuan dan Langkawi yang ingin membawa masuk kenderaan bermotor/motosikalnya termasuk kereta ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh menikmati pengecualian di bawah Butiran 21A Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988  selama mana tidak melebihi 30 hari bagi satu perjalanan, dengan tidak mengira bilangan perjalanannya dengan syarat tidak melebihi 90 hari jumlah keseluruhannya dalam setahun.

Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988

Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988.

Barang-barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran duti / cukai tertakluk kepada jenis dan syarat-syarat berikut:

1.1   Bir / Wine / Minuman Keras tidak melebihi 1 litre;

1.2   Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200 batang;

1.3   Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang;

1.4   Sepasang kasut baru;

1.5   Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.00;

1.6     Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan  tidak melebihi 1 unit setiap satu;

1.7     Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM400.00. Jika barangan dari Pulau Langkawi, Pulau Tioman atau Pulau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM500.00;

 

Tempat pendaratan yang sah mengikut kategori  barang

2.1    Bagi Pulau Langkawi :

  • Pelabuhan Teluk Ewa:
    • Jeti Teluk Ewa (Barter Trade) - Semua barang
    • Jeti Petronas Dagangan Bhd - Petroleum
  • Dermaga Pelabuhan Tanjung Lembung - Semua barang
  • Lapangan Terbang  Antarabangsa Langkawi - Semua barang
  • Pelabuhan Kuah - Semua barang
  • Telaga Harbour Park, Pantai Kok - Barang persendirian
  • Jeti Tanjung Malai - Barang persendirian

2.2    Bagi  Pulau Labuan :

  • Labuan
    • Dermaga Kerajaan dan Dermaga Kapal Kecil (Pelabuhan Merdeka) - Semua barang
  • Dermaga Minyak (Floating) - Petroleum dan barangan petroleum.
  • Jeti Offshore Single Buoy Mooring - Minyak mentah dan gas asli
  • Lapangan Terbang Labuan - Semua barang
  • Dermaga dan Jeti Asian Supply Base, Ranca-Ranca Labuan - Semua barang

2.3    Bagi  Pulau Tioman

  • Kg. Tekek – Jeti Jabatan Laut - Semua barang
  • Kg. Lalang – Jeti Berjaya Tioman Resort - Barang persendirian
  • Lapangan Terbang Pulau Tioman - Semua barang

Prosedur Mengimport Dan Mengeksport  Barang Dagangan

3.1  Prosedur Import

3.1.1 Barangan dari Luar Negara ke Pulau Bebas Cukai (PBC)

3.1.1.1 - Pengikraran dibuat di Pejabat Kastam PBC menggunakan Borang Kastam No. 1.

3.1.1.2 -  Pembayaran duti/cukai bagi petroleum dan barang keluaran petroleum di semua PBC, semua jenis kenderaan bermotor bagi Tioman seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Tioman) 2004, Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 dan Perintah Cukai Jualan (Tioman) 2004, barangan yang tersenarai di bawah Perintah Duti Kastam (Langkawi) 1986 iaitu simen, marmar, getah dan ikan bilis bagi Langkawi mengikut kadar-kadar yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam hendaklah dibuat di Pejabat Kastam PBC yang berkenaan.

3.1.1.3 - Barang-barang yang dilarang pengimportannya secara mutlak, iaitu dilarang dibawa masuk ke PBC adalah seperti tersenarai di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.  Bagi barang-barang yang tersenarai di Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 memerlukan permit/lesen import dari agensi yang berkaitan. Permit/lesen tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum pengimportan ke PBC dibuat. Barang-barang yang tersenarai di bawah Jadual Empat Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 boleh dibawa masuk dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Barang-barang yang tersenarai di Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 tidak terpakai bagi barang-barang yang  dibawa masuk ke PBC tetapi terpakai bagi barang-barang apabila di bawa keluar dari PBC ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

3.1.2 Barangan dari PBC ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

3.1.2.1 - Mengikrar menggunakan  Borang Kastam No. 1. untuk barangan berduti/cukai dan akan ditanda perkataan “IMPORT KE KUK” oleh Kastam. Sekiranya pengikraran dibuat secara elektronik, khidmat kedai EDI atau agen kastam  bolehlah digunakan.

3.1.2.2 - Bagi barangan import samada berduti/cukai atau tidak berduti/cukai, pengangkutan barangan dari PBC ke  Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak hendaklah menggunakan borang Kastam no.3 dengan disertakan salinan borang Kastam no.1. Bagi barangan tempatan pula hendaklah menggunakan borang Kastam No.3 dan disertakan invois belian.

3.1.2.3 - Pemindahan barangan dari PBC bukan untuk dibayar duti/cukainya secara transit ke Gudang Berlesen, Kedai Bebas Cukai dan Zon Bebas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak hendaklah diikrar menggunakan borang Kastam No.8. Begitu juga dengan pemindahan secara transit dari PBC ke luar negara untuk tujuan eksport melalui (Kawasan Utama Kastam) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Contohnya pemindahan dagangan yang diangkut dari Labuan menggunakan lori berkunci, menaiki feri ke Menumbok dan terus ke Lahad Datu untuk seterusnya dieksport ke Filipina.

3.1.2.4 - Pendaftaran borang ikrar, pemeriksaan barangan atau pembayaran duti/ cukai (jika berkenaan) hendaklah dibuat di Pejabat Kastam PBC yang berkenaan.

3.2 Prosedur Eksport

3.2.1       Barangan dari PBC  ke Luar Negara.

3.2.1.1 - Mengikrar menggunakan Borang Kastam No. 2

3.2.1.2 - Pendaftaran borang ikrar, pemeriksaan barangan, atau pembayaran duti/cukai (jika berkenaan) hendaklah dibuat di Pejabat Kastam Pulau Bebas Cukai yang berkenaan.

3.2.1.3 - Barang-barang yang dilarang pengeksportannya secara mutlak, iaitu dilarang dieksport keluar dari PBC adalah seperti tersenarai di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008.  Bagi barang-barang yang tersenarai di Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 memerlukan permit/lesen import dari agensi yang berkaitan. Permit/lesen tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum pengeksportan dari PBC dibuat. Barang-barang yang tersenarai di bawah Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 boleh dieksport keluar dengan permit/lesen yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

3.2.2 Barangan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Ke Pulau Bebas Cukai .

3.2.2.1 - Pengikraran hendaklah menggunakan Borang Kastam No. 2 bagi barangan berduti/cukai. Bagi barangan yang terlibat dengan tuntutan tarikbalik duti dan barangan yang diberi pengecualian duti, pemeriksaan barangan akan dibuat 100 % oleh Kastam di Kuala Kedah untuk ke Langkawi, Kuala Rompin untuk ke Tioman dan Menumbok untuk ke Labuan.

3.2.2.2 - Bagi barangan import samada berduti/cukai (telah dibayar duti/cukainya) atau tidak berduti/cukai, pengangkutan barangan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke PBC hendaklah menggunakan borang Kastam no.3 dengan disertakan salinan borang Kastam no.1. Bagi barangan tempatan pula hendaklah menggunakan borang Kastam No.3 dan disertakan invois belian.

3.2.2.3 - Pemindahan barangan dalam transit yang berduti/cukai  dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke PBC melalui Kuala Kedah untuk transit ke Langkawi, Kuala Rompin untuk transit ke Tioman dan Menumbok untuk transit ke Labuan hendaklah diikrar menggunakan borang kastam No.8 dan disahkan penerimaannya di PBC masing-masing. Bagi barangan berduti eksais hendaklah menggunakan borang eksais No. 8 dan seterusnya mengikrar menggunakan Borang Kastam No.2 di Kuala Kedah, Kuala Rompin dan Menumbok..

3.2.2.4 - Pengeksportan barangan keluaran Gudang Pengilangan Berlesen dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke PBC melalui Kuala Kedah untuk transit ke Langkawi, Kuala Rompin untuk transit ke Tioman dan Menumbok untuk transit ke Labuan hendaklah diikrar menggunakan borang kastam No.2 di Kuala Kedah, Kuala Rompin dan Menumbok.

3.2.2.5 - Pengikraran hendaklah menggunakan borang Kastam No. 8 bagi tujuan pemindahan barang  dari Gudang Berlesen atau  Zon Bebas atau diimport dari luar negara secara transit melalui Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke PBC berkenaan. Contohnya barangan dipindah menggunakan lori berkunci dari Gudang Berlesen Awam di Pelabuhan Kelang, ke Kuala Kedah melalui jalanraya untuk ke Langkawi.

3.2.2.6 - Bagi kenderaan berkunci atau kontena yang bersil, pemecahan sil dan pemeriksaan barang akan dilakukan di Pejabat Kastam PBC  berkenaan kecuali barangan ke Pulau Tioman, pemecahan sil oleh kastam dibenarkan di pejabat kastam Stesen Kuala Rompin.

3.2.2.7 - Barangan yang dihantar in transit melalui darat daripada luar   negara  ke PBC hendaklah diikrar menggunakan  Borang Kastam No. 8. Contohnya barangan dibawa dari Thailand menggunakan lori berkunci melalui Bukit Kayu Hitam ke Kuala Kedah untuk ke Langkawi.

Prosedur Membawa Kenderaan Yang Telah Didaftar Di PBC

Prosedur Membawa Kenderaan Yang Telah Didaftar Di PBC Ke Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak [Butiran 141 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988]

Pemilik kenderaan yang bermastautin dan telah mendaftarkan kenderaan di PBC dan yang akan berpindah ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menikmati  pengecualian sepenuhnya ke atas Duti Import di bawah Butiran 141 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, manakala pembayaran Duti Eksais dan Cukai Jualan hendaklah dibayar mengikut kadar semasa tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-

4.1  Kenderaan tersebut boleh di kenalpasti  oleh pegawai kastam yang hak.

4.2  Kenderaan tersebut dipasang (Completely Knock Down) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

4.3  Kenderaan tersebut adalah untuk tujuan kegunaan peribadi dan bukan kegunaan komersial.

4.4  Kenderaan tersebut telah didaftarkan atas nama pemilik bagi satu tempoh tidak kurang daripada enam bulan.

4.5  Pemilik kenderaan berpindah permastautinnya ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

4.6  Pemilik kenderaan telah bermastautin di PBC berkenaan melebihi setahun.

4.7  Pemilik kenderaan tidak boleh menjual kenderaan tersebut dalam masa enam bulan dari tarikh pengecualian di bawah kemudahan ini diberi.

4.8  Tiada tuntutan tarikbalik duti (drawback) dibuat.

Prosedur Membawa Kenderaan oleh Pemastautin di PBC Secara Bona Fide

Prosedur Membawa Kenderaan oleh Pemastautin di PBC Secara Bona Fide Bagi Kenderaan Yang Telah Berdaftar Di Pulau Bebas Cukai Ke Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak [Butiran 21A  Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, Butiran 49A Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 1977 Dan Butiran 82 Jadual B Perintah Cukai Jualan  (Pengecualian) 1982

5.1  Semua jenis kenderaan yang diimport dan didaftarkan di PBC adalah bebas dari duti/cukai kecuali di Pulau Tioman. Walau bagaimanapun kenderaan yang dibawa masuk secara sementara ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dari Pulau Bebas Cukai adalah layak diberi pengecualian duti/cukai  di bawah Butiran 21A, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, Butiran 49A Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 1977 dan Butiran 82 Jadual B, Perintah Cukai Jualan  (Pengecualian) 1982 tertakluk kepada syarat berikut:-

5.1.1    Kenderaan tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan di Langkawi atau Labuan

5.1.2    Kenderaan tersebut hendaklah didaftar di pejabat Kastam Langkawi atau Labuan ;

5.1.3    Kenderaan tersebut hendaklah berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak  sahaja;

5.1.4    Kenderaan tersebut hendaklah berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak lebih dari 30 hari bagi satu-satu perjalanan dan tidak melebihi 90 hari dalam setahun.

5.1.5    Melaporkan ke pejabat kastam Langkawi atau Labuan sebaik sahaja kenderaan tersebut kembali semula ke PBC berkenaan.

5.1.6    Satu bentuk jaminan bagi menjamin kenderaan tersebut dibawa kembali ke PBC  akan ditentukan oleh Pejabat Kastam PBC berkenaan.

5.2   Bagi Langkawi, kenderaan yang hendak dibawa masuk ke Semenanjung hendaklah diikrar menggunakan Borang Kastam No. 1 di Langkawi dengan disertakan dokumen sokongan seperti kad pendaftaran kenderaan asal, salinan Kad Pengenalan, salinan bil utiliti (tujuan pengesahan pemastautin di Langkawi). Kenderaan berkenaan yang dibawa masuk semula ke Langkawi  hendaklah diikrar di Kuala Kedah menggunakan borang Kastam No.2 .

5.3  Bagi Labuan, pemilik kenderaan hendaklah melengkapkan maklumat kenderaan di dalam kad E-Vis (contoh dilampirkan) berserta dokumen sokongan seperti kad pendaftaran kenderaan asal, salinan Kad Pengenalan, salinan bil utiliti (tujuan pengesahan pemastautin di Labuan). Kad ini hendaklah disimpan oleh pemilik dan dikemukakan semasa kenderaan dibawa keluar/masuk ke/dari Labuan.

Pengecualian

Pengecualian Dari Lesen/Permit Import Di Bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 diberi dalam keadaan berikut: 

  1. Barang-barang yang diimport oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri;
  2. Barang-barang, selain barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, yang diimport secara langsung oleh Angkatan Tentera Komanwel;
  3. Kenderaan bermotor yang dibenarkan masuk ke Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  4. Kenderaan bermotor yang dilesenkan dengan sewajarnya di Brunei dan dibenarkan penggunaannya di Sarawak di bawah undang-undang yang terpakai bagi lalu lintas jalan atau kenderaan;
  5. Kenderaan bermotor yang masuk ke Malaysia di bawah suatu Permit Pekeliling Antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai bagi lalu lintas jalan atau kenderaan;
  6. Kenderaan bermotor yang masuk ke Malaysia dan dipandu atau digunakan oleh pelancong bona fide;
  7. Barang-barang yang dimuatkan sebagai barang-barang setor pesawat udara atau kapal biasa sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang hak; dan
  8. Barang-barang dalan transit, selain barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Pengecualian Dari Lesen/Permit Eksport Di Bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 diberi dalam keadaan berikut: 

  1. Barang-barang yang dieksport oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau  Kerajaan mana-mana Negeri;
  2. Pengeksportan tumbuh-tumbuhan, sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 8 Jadual Kedua, Badan Berkanun bagi maksud penyelidikan;
  3. Barang-barang yang dimuatkan sebagai barang-barang setor pesawat udara atau kapal biasa sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang hak;
  4. Barang kegunaan sendiri atau barang-barang rumah pelancongan bona fide, kecuali tumbuh-tumbuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 8 Jadual Kedua;
  5. Sampel dagangan bona fide mana-mana barang-barang, yang diterima sebagai demikian oleh pegawai kastam yang hak, kecuali bagi tumbuh-tumbuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 8 Jadual Kedua;
  6. Barang-barang dalam transit selain barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
  7. Barang-barang yang dieksport untuk diperbaiki, diselaras atau diganti yang akan dikembalikan ke Malaysia;
  8. Hadiah yang tidak diminta yang mengandungi tekstil dan barang makanan yang dieksport melalui bungkusan pos, yang nilainya tidak melebihi RM200.00 bagi setiap bungkus;
  9. Barang-barang yang dieksport untuk pameran atau ujian, kecuali bagi tumbuh-tumbuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 8 Jadual Kedua;
  10. Barang-barang yang dieksport dari zon perdagangan bebas.

Contoh Kas e-VIS

Kad Evis

   

Panduan Kemudahan Membawa Barangan Rumah (Household Effects) Dan Barangan Persendirian (Personel Effects) Dari Luar Negara

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Kemudahan membawa barangan  isi rumah (household effects) diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara atau rakyat asing yang berpindah ke Malaysia untuk tujuan bekerja atau belajar ke atas barangan isi rumah yang telah digunakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-


(a) Pengimport adalah pemilik kepada barangan isirumah tersebut;

(b) Pengimport  telah memiliki dan menggunakannya untuk tempoh tidak kurang daripada tiga bulan;

(c) Barangan  isirumah tersebut  tidak boleh dilupuskan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; dan

(d) Pengimport menukar tempat kediamannya daripada  tempat di luar Malaysia ke suatu tempat di dalam Malaysia.

Kemudahan membawa barangan persendirian  (personel effects) diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara atau rakyat asing yang berpindah ke Malaysia untuk tujuan bekerja atau belajar ke atas barangan persendirian  yang dibawa bersama yang telah digunakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

(a)  Barangan persendirian yang dibawa bersama;

(b) Barang persendirian  yang telah digunakan secara ‘regular’  dan untuk kegunaan sendiri sebelum diimport mengikut tempoh kegunaan yang memuaskan hati kastam;  dan

(c) Barangan persendirian tersebut diimport untuk kegunaan pengimport sahaja.

Pemilik hendaklah mengikrar  menggunakan Borang Kastam No.1 atau secara elektronik melalui kedai EDI atau melalui wakil penghantaran  yang dilantik secara bertulis oleh pemilik.

Kod tarif yang berkaitan adalah seperti berikut:

9800.00.400 barangan persendirian yang telah digunakan; atau

9800.00.500 barangan isirumah yang telah digunakan.

Barangan persendirian dan barangan isirumah yang mendapat kemudahan tersebut di atas adalah tidak berduti/cukai. Permit untuk barangan  yang berkaitan dari agensi yang berkenaan hendaklah diperolehi sebelum pengimportan dibuat. Sebagai contoh, pengimportan peralatan elektrik memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my

 

Panduan Pengenaan Levi ke Atas Kenderaan Mengangkut Barang-barang Antara Malaysia dengan Singapura

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Levi kenderaan ialah sejenis bayaran yang dikenakan ke atas kenderaan dan lori yang mengangkut barang-barang dari Malaysia ke Singapura dan sebaliknya mengikut peruntukan Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983. Peraturan dan perintah yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Peraturan-Peraturan Levi Kenderaan Barang-Barang 1983.
  • Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.
  • Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Amaun) 1983.

Kategori kenderaan barang-barang yang dikenakan levi :

  • bermuatan ataupun kosong setiap kali ianya meninggalkan Malaysia.
  • bermuatan setiap kali ianya memasuki Malaysia.

(Pada masa ini hanya kenderaan barang-barang yang melalui sempadan jalanraya Malaysia/Singapura sahaja dikenakan levi)

Kadar-kadar levi yang dikenakan adalah sebagaimana ditetapkan di bawah Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Amaun) 1995 iaitu :

  • RM 200 bagi kenderaan barang-barang yang meninggalkan Malaysia samada bermuatan atau kosong.
  • RM100 bagi kenderaan barang-barang yang memasuki Malaysia dengan muatan.

Terdapat kategori kenderaan barang-barang diberi pengecualian 50 % dari kadar levi RM200 bagi kenderaan meninggalkan Malaysia ke Singapura jika membawa muatan penuh satu jenis  atau gabungan mana-mana jenis barang pembinaan seperti yang disenaraikan di Jadual IV Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.

Kenderaan Barang-Barang Yang Di Kecualikan Pembayaran Levi

  1. Kenderaan barang-barang yang meninggalkan Malaysia dengan membawa samada satu jenis  atau gabungan salah satu jenis barang yang disenaraikan di dalam Jadual II Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983 dengan syarat muatan penuh (fully laden).
  2. Kenderaan barang-barang yang digunakan untuk upacara pengebumian.
  3. Kenderaan barang-barang yang terlibat di bawah “Memorandum persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand mengenai pergerakan ‘perishable goods’ melalui jalanraya antara Thailand dan Singapura transit melalui Malaysia” bertarikh 24 November 1979.
  4. Kenderaan barang-barang yang berdaftar di bawah Johor Area Rehabilation Organization.
  5. Kenderaan barang-barang kosong yang memasuki Singapura dan masuk semula ke Malaysia membawa simen untuk Kedah Cement Sdn. Bhdseperti diJadual III Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.
  6. Kenderaan barang-barang yang membawa barangan ataupun kosong yang meninggalkan Malaysia ke Thailand atau sebaliknya.
  7. Kenderaan barang-barang membawa ‘ISO Container’ penuh barangan/kosong dari Pelabuhan Tanjung Pelepas masuk ke Singapura melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
  8. Kenderaan barang-barang membawa ‘ISO Container’ penuh barangan/kosong masuk dari Singapura untuk ke Pelabuhan Tg. Pelepas melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
  9. Kenderaan yang sama di para (h) di atas yang meninggalkan Malaysia untuk masuk ke Singapura semula tanpa membawa sebarang kontena (trailer kosong atau prime mover sahaja atau prime mover dengan semi-trailers sekiranya semasa penghantaran ia digunakan hanya untuk mengangkut kontena berkenaan sahaja).

Pembayaran Levi

  • CARA PEMBAYARAN : Pembayaran levi boleh dilakukan secara tunai ataupun cek yang ditulis atas nama ‘Pengarah Kastam Negeri’.
  • TEMPAT PEMBAYARAN : Di pintu keluar dan masuk Malaysia (Johor) dimana kenderaan barang-barang itu hendak dibawa:
  1. Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor
  2. Pejabat Kastam Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

 

PERMOHONAN PENGECUALIAN LEVI

Pengecualian levi hanya boleh diberikan atas kuasa Menteri Kewangan di bawah seksyen 4 Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983.

Permohonan pengecualian levi hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan di alamat berikut:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Analisa Cukai
Kompleks Kementerian Kewangan
No.5, Persiaran Perdana
Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA.

Jadual II, Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.

  • Live animals excluding horses
  • Poultry (live or dead)
  • Meat and edible offals
  • Fish including livers and roes thereof, crustaceans and molluscs (live or dead)
  • Eggs
  • Vegetables including edible roots and tubers
  • Fresh fruits
  • Coconuts
  • Turf grass
  • Banana leaves
  • Palm leaves
  • Fruit plants
  • Flower plants including buds, fresh flowers and cut flowers
  • Fresh milk
  • Fruit preserves which are suitable for immediate consumption
  • All types of fern leaves
  • Foods such as fish crackers, rempeyek, tumpi, opak-opak, banana chips, tapioca   chips,  bread, mee, kueh-teow and dried bean curd.
  • Betel leaves
  • Pandan leaves
  • Suger cane
  • Fresh coconut milk
  • Tempe leaves
  • Empty ketupat sachet made from pandan leaves
  • Fresh leaves such as:
    • Cordyline
    • Rahpis
    • Cycas
    • Racaena
    • Croton
    • Frarigan
    • Haleconia
    • Sago
  • Ice crystals
  • Yogurt and sour cream
  • Fish balls
  • Otak-otak and egg tofu

 

Jadual III, Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.

Kenderaan Yang DiKecualikan dari Levi

DARMAH ENTERPRISE SDN. BHD

  • JAV 6799
  • JBW 9839
  • JBV 5491
  • BY 244
  • JAK 9952
  • BBS 6267
  • JAJ 5220
  • WW 8901
  • WS 1194
  • WX 6128
  • WT 5184
  • JAL 118
  • JAX 1719
  • DG 3799
  • JAK 5188
  • JBT 6355
  • JAE 9159
  • JBW 5763
  • AAK 4375
  • TF 3488
  • WV 4002
  • JAH 5440
  • JAH 8717
  • BCF 3704
  • WAC 5985
  • TD 6878
  • JBY 1980
  • WBU 2438

 

RODAK SAKTI SDN. BHD.

  • WAX 182
  • JAR 7268
  • BBV 8151
  • WAV 2797

 

BINA ANGKUT SDN. BHD.

  • WBT 9276
  • WBU 1104

YINSON TRADING & TRANSPORT (M) SDN. BHD.

  • WE 856
  • MQ 4014
  • WBL 3519
  • WC 6696
  • AAL 3476
  • JAG 3903
  • JAM 3268
  • JK 5825
  • PS 4455
  • JW 5367
  • JV 6287
  • WA 3590
  • JAX 6286
  • JBB 2011

SAN HAI TRADING & TRANSPORT CO. SDN. BHD

  • JAE 8172
  • WAA 5833
  • JBR 7533
  • JBW 253
  • JAF 5704
  • JAQ 7486
  • JAK 4407
  • JP 685
  • JV 2416
  • JAG 6023
  • JAC 9189
  • JAD 4230
  • JAX 9558
  • JBR 3328
  • JAK 3328
  • JR 3671
  • JAB 8985
  • JAJ 2500
  • JW 4891
  • NH 1077
  • BAR 7015
  • JAG 6020

KEOW HOE TRADING & TRANSPORT SERVICES

  • JBV 5529
  • JJ 37
  • MF 7842
  • JAW 9676
  • DG 9677
  • JBW 5549
  • WV 2669
  • JAN 1915
  • JAW 5986
  • WAA 1196
  • JBY 6684
  • JQ 7318
  • JAG 3843

SSANGYONG CEMENT (SINGAPORE) LIMITED

  • XA 3031 B
  • XA 3032 Z
  • XA 4983 Y
  • XA 3336 Y
  • XA 2498 U

MASAI UNION TRADING

  • WX 3604
  • CN 9668
  • BBH 8575
  • NP 3562
  • NV 4705
  • JAE 4675

 

Jadual IV, Perintah Levi Kenderaan Barang-Barang (Pengecualian) 1983.

Contruction materials:

  • Hollow bricks
  • Granite
  • Concrete roofing tiles
  • Wire rod of iron or steel
  • Bars and rods (excluding wire rod) nor further worked than hot-rolled or extruded
  • Galvanised iron or steel wire whether or not coated but not insulated
  • BRC mesh of iron or steel wire
  • Iron and steel casting in the rough state
  • Angles, shapes and sections, of iron or steel
  • Reinforced concrete pipes with fittings such as spigots and socket joints, rebate joints and butt joints  with and without collars
  • Reinforced concrete culverts and lids with fittings such as butt joints and rebate joint
  • Pretensioned spun concrete pipes and piles
  • Cement
  • Ceramic floor, wall and roofing tiles
  • Segmental precast reinforced concrete linings for bored tunnels (Tunnel Lining Segments)
  • Precast building components e.g slab staircase, façade fall, etc
  • Reinforced concrete square pile
  • Precast concrete manholes
  • Prestressed concrete beams and box girders
  • Concrete railway sleepers
  • Concrete paving blocks
  • Prestressed spun concrete poles
  • Precast concrete coastal erosion slabs
  • Precast segment for CT06 (tunnel lining)
  • Deep tunnel sewerage segment
  • Cable dark tunnel segment
  • Large diameter pipe
   

page 1 of 6