Text Size

Print

Piagam Pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia


Selaras dengan Dasar Pembangunan Integriti, Core Business, Teknologi, Rakyar (ICTR) berteraskan pendekatan holistik yang menjurus ke arah perkhidmatan cemerlang, gemilang dan terbilang; kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

1. Menguruskan permohonan kelulusan pengisian dan memproses pengambilan jawatan-jawatan kosong yang diperlukan setiap suku tahun.

2. Menguruskan permohonan tambahan perjawatan  dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.

3. Memproses Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Perlanjutan Tempoh Percubaan  dan mengemukakan kepada pihak berkuasa melulus dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

4. Memproses pelbagai jenis cuti  dan mengemukakan kepada pihak berkuasa melulus dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

5. Memproses urusan persaraan  dan mengemukakan kepada pihak berkuasa melulus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

6. Mengeluarkan Keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan  dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh terima minit mesyuarat Lembaga Kompentensi Kementerian Kewangan.

7. Memproses kemudahan-kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer  dan mengemukakan kepada pihak berkuasa melulus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

8. Memproses pelbagai jenis elaun  dan dikemukakan kepada pihak berkuasa melulus dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

9.   Memproses  permohonan pelupusan dan kehilangan barangan  dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

10. Mencetak dan mengedar Perintah/Pekeliling/Peraturan dalam tempoh satu minggu dari tarikh  diterima.

11. Menguruskan pelaksanaan tindakan tatatertib dengan adil dan saksama berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dengan mengikut Undang-Undang Keadilan Sejagat (Rules of Natural Justice).

12. Memproses perisytiharan harta anggota Jabatan untuk makluman Ketua Jabatan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh perisytiharan diterima.

13. Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada semua Pusat Tanggungjawab selewat-lewatnya pada akhir Januari bagi tahun kewangan.

14. Memproses tuntutan/bil  dan mengemukakan baucer-baucer bayaran kepada Akauntan Kanan Perbendaharaan dalam tempoh  10 hari dari tarikh tuntutan/bil  diterima.

15. Mengagihkan bekalan dari Stor Pusat ke Stesen-Stesen 4 kali setahun.

16. Memproses bayaran dan menguruskan penghantaran cek kepada penerima dan mengkredit bayaran ke dalam akaun penerima secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam masa 5 hari bekerja daripada tarikh baucer bayaran yang lengkap diterima.

17. Memproses bayaran dan mengeluar serta menghantar cek kepada penerima dalam masa 3 hari bekerja daripada tarikh baucer bayaran di bawah Seksyen 99 Akta Kastam dan Bayaran Pukal yang lengkap diterima.


Sebagai balasan kami memerlukan pelanggan Jabatan mengemukakan maklumat dan
dokumen dengan lengkap mengikut peraturan

Language

JKDM's Web Survey

What kind of information do you browse on this Webpage?

For Web feedback, please click here

HQ Address

Royal Malaysian Customs Headquarters
Ministry Of Finance Complex,
No. 3 Persiaran Perdana,
Precinct 2, 62596 Putrajaya
Tel: 03-8882 2100/2300/2500

Online Services

Link

JKDM Webmail
Email Account Review System
report-smuggling
States Customs Link