Struktur Organisasi
Bhg Kastam
Fungsi Bahagian
Bahagian Perkastaman - Perihal Am Perkastaman
FUNGSI BAHAGIAN KASTAM
1. CAWANGAN FASILITASI PERDAGANGAN / PERINDUSTRIAN
1.1 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN PENGGUDANGAN
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar , perundangan dan prosedur berkaitan dengan aktiviti penggudangan.
-
Menimbang dan memperakukan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Awam dan Depoh Pelepasan Dalaman (ICD) kepada Perbendaharaan untuk kelulusan.
-
Menimbang dan meluluskan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Persendirian.
-
Menimbang dan meluluskan permohonan remisi duti / cukai di bawah seksyen 18 Akta Kastam 1967 dan seksyen 33 Akta Cukai Jualan 1972.
-
Memantau aktiviti penggudangan dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang/pelabur.
1.2 UNIT PENGURUSAN KAWALAN KEMUDAHAN DAN INSENTIF
-
Mengkaji polisi, perundangan dan prosedur berkaitan dengan pengecualian duti / cukai yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
-
Mengkaji amalan perdagangan dan perindustrian global bagi mengenalpasti penambahbaikan kemudahan yang boleh diberikan.
-
Menimbang dan memperakukan permohonan syarikat-syarikat untuk diiktirafkan status Authorised Economic Operator (AEO).
-
Memperaku permohonan remisi duti/cukai untuk barangan yang memperolehi pengecualian oleh Menteri Kewangan. (Seksyen 14A Akta Kastam 1967).
-
Mengadakan program kesedaran mengenai dasar-dasar terkini untuk meningkatkan pengetahuan dan pematuhan oleh syarikat/pengilang.
1.3 UNIT PENGURUSAN PANGKALAN DATA PERKASTAMAN
-
Merancang pengumpulan data maklumat dan mengumpul data berkaitan perkastaman.
-
Membangunkan petunjuk risiko aktiviti perkastaman.
-
Menjalankan analisis data untuk mengenalpasti potensi, trend dan kelemahan aktiviti perkastaman.
-
Menyedia dan membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan mengikut keperluan.
-
Menyalurkan maklumat ke negeri / stesen profil risiko dan arahan berjaga-jaga.
-
Menyediakan laporan buletin statistik, laporan suku tahun dan laporan tahunan.
1.4 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN ZON PERINDUSTRIAN DAN ZON PERDAGANGAN BEBAS
-
Mengkaji dasar, perundangan dan prosedur berkaitan Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Membuat penambahbaikan berkaitan peraturan / prosedur di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memantau aktiviti di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memproses permohonan kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan aktiviti nilai tambah di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memproses permohonan pengecualian duti ke atas ‘manufacturing aids’.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.
1.5 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN
- Merangka, memperaku, mengkaji dan menyelaras dasar, prosedur dan aktiviti berkaitan Gudang Pengilangan Berlesen.
- Memantau aktiviti Gudang Pengilangan Berlesen dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan yang dilakukan serta mengambil tindakan penambahbaikan ke atas sistem pemantauan dan kawalan.
- Mengkaji dan memproses permohonan aktiviti nilai tambah, kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan penjualan ‘replacement parts’ sebagai alatganti.
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.
2. CAWANGAN IMPORT/EKSPORT DAN KAWALAN SEMPADAN
2.1 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN IMPORT
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti import / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.
-
Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.
-
Meluluskan permohonan lanjutan tempoh masa untuk kemudahan import sementara dan ATA Carnet.
-
Meluluskan penggunaan Bon Am.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.
2.2 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN EKSPORT
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti eksport / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.
-
Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.
-
Memproses permohonan lanjutan eksport sementara.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.
2.3 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN KAWALAN PULAU BEBAS CUKAI (PBC) / KEDAI BEBAS CUKAI (KBC)
-
Merangka, memantau, menyelaras dan memperaku dasar, perundangan, fasilitasi serta prosedur berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Memproses permohonan remisi / pemusnahan dibawah seksyen 18 Akta Kastam 1967.
-
Merangka dasar dan mengurus aktiviti lesen import ke atas rokok dan minuman keras.
-
Meluluskan permohonan baru bagi lesen mengimport rokok dan minuman keras.
-
Merangka dasar dan mengurus aktiviti Had Gerakan.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan PBC dan KBC.
2.4 UNIT PENGURUSAN KAWALAN PENUMPANG / KAWALAN SEMPADAN
- Merangka, memperaku, memantau dan menyelaras pelaksanaan dasar baru / pindaan undang-undang berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.
- Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti kawalan penumpang / sempadan.
- Mengkaji dasar-dasar pergerakan dagangan In-transit termasuk truck flight.
- Mengkaji keperluan untuk menubuhkan stesen sempadan dan tempat pendaratan yang sah.
- Mengadakan kerjasama dengan agensi –agensi berkaitan dengan keselamatan kawalan sempadan negara.
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.
2.5 UNIT ANALISIS DAN DASAR CUKAI
- Mengkaji dan menganalisis isu-isu perkastaman dan keberkesanan dasar-dasar cukai, peraturan-peraturan yang sedia ada.
- Mencadangkan dasar-dasar cukai dan peraturan baru.
- Mengkaji sistem penyampaian perkhidmatan perkastaman dari masa ke semasa.
2.6 UNIT KOMITMEN ANTARA AGENSI
- Memberi khidmat nasihat berkenaan dasar, perundangan dan prosedur perkastaman kepada pelabur / bakal pelabur.
- Menjalin networking dan mempertingkatkan kerjasama dengan MIDA, Agensi-Agensi di bawah MITI dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain (OGAs) berkaitan perundangan dan prosedur perkastaman.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



