Khamis, Jun 20, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Profil Bahagian

Bahagian Cukai Dalam Negeri - Perihal Am Cukai Dalam Negeri

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Profil Bahagian Cukai Dalam Negeri

Bahagian Cukai Dalam Negeri terbahagi kepada 4 cawangan iaitu:

  1. Dasar dan Perlaksanaan
  2. Kawalan Kemudahan dan Konsultasi
  3. Pengurusan dan Pemungutan
  4. Industri, Petroleum dan Gas

Objektif Bahagian Cukai Dalam Negeri:

  1. Memungut Hasil
    • Memungut hasil cukai tidak langsung seperti Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan, Duti Eksais dan Levi Keuntungan Luar Biasa. 
  2. Memberi Fasilitasi
    • Memberi kemudahan kepada sektor perdagangan dan perindustrian melalui Pengecualian Cukai, Pulangbalik Cukai dan Rayuan Remisi.
    • Mengeluarkan Ketetapan Kastam
  3. Penguatkuasaan dan Pematuhan Terhadap Perundangan
    • Memastikan pematuhan undang-undang bagi mengelak kebocoran hasil dan menjaga keselamatan serta kesejahteraan negara.
    • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan.

Fungsi Bahagian Cukai Dalam Negeri:

  1. Cawangan Dasar dan Perlaksanaan
    • Mencadang dan menggubal dasar percukaian dalam negeri untuk pertimbangan Menteri Kewangan.
    • Menentukan strategi jangka pendek dan jangka panjang di dalam meningkatkan pungutan hasil Cukai Dalam Negeri.
    • Mengkaji permohonan dan mengeluarkan Ketetapan Kastam bagi menentukan status bercukai / tidak bercukai bagi aktiviti pengilangan atau penyediaan perkhidmatan.
    • Menyelesaikan isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh industri pengilangan dan perkhidmatan berkaitan perlaksanaan percukaian.
    • Mewakili Jabatan dalam Rayuan Tribunal Kastam bagi kes-kes Cukai Dalam Negeri.
    • Mengkaji perundangan, menyedia dan mengemaskini prosedur perlaksanaan Cukai Dalam Negeri.

  2. Cawangan Kawalan Kemudahan dan Konsultasi
    • Mengkaji isu-isu dan pertanyaan berkaitan perlaksanaan kemudahan, pengecualian dan pulangbalik Cukai Dalam Negeri.
    • Mengkaji dan menganalisis isu-isu kebocoran / kehilangan hasil cukai.
    • Mengkaji dan menyediakan laporan rayuan, pulangbalik, remisi dan pengecualian cukai serta memantau perlaksanaan keputusan Perbendaharaan Malaysia.
    • Merancang dan mengadakan program konsultasi bersama sektor swasta dan industri.
    • Merancang program-program verifikasi bagi meningkatkan tahap pematuhan kepada perundangan Cukai Dalam Negeri.

  3. Pengurusan dan Pemungutan
    • Melaksanakan khidmat pengurusan sumber manusia dan urus setia Bahagian Cukai Dalam Negeri.
    • Mengurus rekod dan dokumentasi berkaitan perundangan.
    • Mengurus dan menganalisis data serta menetapkan sasaran pungutan hasil Cukai Dalam Negeri.
    • Mengemaskini laman web Bahagian Cukai Dalam Negeri dan menyediakan maklumat untuk e-Portal Kastam.
    • Mengurus program-program kualiti dan inovasi.
    • Mengendalikan aduan awam.
    • Merancang program operasi bersepadu Cukai Dalam Negeri.

  4. Industri, Petroleum dan Gas
    • Mengawal dan memantau operasi huluan dan hiliran petroleum.
    • Memproses permohonan pengecualian cukai,  pemindahan dan pelupusan ke atas barang-barang dan peralatan untuk industri carigali minyak.
    • Memproses permohonan dan mengawal aktiviti bunkering.
    • Memproses dan meluluskan permohonan had gerakan bagi minyak pelincir.
    • Mentadbir urusan pelesenan, pungutan dan kawalan ke atas kilang / gudang petroleum, eksais dan levi keuntungan luar biasa.
    • Memproses dan mengawal kemudahan-kemudahan dan pengecualian duti eksais yang diluluskan.
    • Mencadang dan menggubal dasar percukaian petroleum, eksais dan levi keuntungan luar biasa untuk pertimbangan Menteri Kewangan.
    • Mengkaji perundangan, menyedia dan mengemaskini prosedur perlaksanaan  petroleum, eksais dan levi keuntungan luar biasa.