Selamat datang ke Laman Web Rasmi
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Laman web ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Maklumat yang boleh diperolehi dari laman web ini meliputi maklumat korporat, organisasi dan hal ehwal perkastaman. Perkhidmatan atas talian seperti HS-explorer, Forex, CGC, E-lesen dan lain-lain juga disediakan bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan jabatan berurusan dengan jabatan ini tanpa perlu hadir ke pejabat . Orang ramai juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan.
Saya juga berharap laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Sekian, Terima Kasih.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



