Thursday, July 24, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

Panduan Penerimaan & Penghantaran Bungkusan Pos Melalui Pos Malaysia Berhad (PMB)

Customs Division - Panduan

User Rating: / 3
PoorBest 
There are no translations available.

Menerima dan menghantar bungkusan pos boleh dibuat di Pusat Mel & Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( PMK KLIA) dan di mana-mana pejabat  Pos Malaysia Berhad (PMB) yang mempunyai pejabat Kastam bagi memproses pelepasan Kastam ke atas barangan pos mengikut zon tertentu, bagi mel-mel yang diterima atau dihantar  sebagai barang-barang pos melalui mod darat, laut dan udara.

Penerimaan bungkusan pos melalui udara yang berduti/cukai bernilai melebihi RM1,000.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Bagi barang yang bernilai melebihi RM500.00 (CIF) dan kurang RM1000.00 (CIF) taksiran duti/cukai dibuat atas JK78.

Penerimaan bungkusan pos melalui udara yang tidak bercukai bernilai melebihi RM 2,000.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Penerimaan bungkusan pos melalui laut dan darat yang bernilai melebihi RM 200.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Bagi barang yang bernilai kurang RM 200.00.  taksiran duti/cukai dibuat atas JK78.

Prosedur menerima dan menghantar bungkusan pos adalah seperti berikut:

  • Menerima bungkusan pos
  • Menghantar bungkusan pos

Penerima atau penghantar bungkusan pos boleh bertindak sendiri dalam urusan pelepasan kastam atau melantik PMB sebagai wakil atau Agen Kastam lain yang dilesenkan di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967.

Sekiranya penerima tidak mahu menerima barang tersebut,  penerima boleh memohon kepada PMB dalam masa 30 hari dari tarikh notis dengan menyatakan alasan tertentu supaya barang dapat dikembalikan (retour) kepada pengirim dan ini tertakluk kepada kelulusan Kastam.

PMB adalah bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa samada barangan tersebut belum, sedang atau telah diperiksa oleh pihak Kastam. PMB juga  bertanggungjawab untuk membuka dan membungkus semula barangan yang diperiksa oleh pihak kastam semasa pengisihan barang dijalankan di bawah peruntukan seksyen 112, Akta Kastam 1967.

Barang pos yang tidak dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh JK 78 dikeluarkan, PMB akan menghubungi pentadbiran pos Negara penghantar untuk mendapat maklumbalas dari pengirim. Sekiranya terdapat permohonan untuk dikembalikan (retour), PMB akan menyediakan penyata kepada JKDM untuk kelulusan penghantaran. Bagi barang yang tidak mendapat maklumbalas dari pengirim dalam masa 30 hari ,PMB akan menyerahkan barang tersebut kepada JKDM untuk dikeluarkan Notis Lucuthak kepada penerima. Barang yang tidak dituntut selepas 30 hari dari tarikh resit JK 6 dikeluarkan, PMB akan menyediakan penyata permohonan pembatalan resit JK6 dan Borang K1. JKDM akan mengeluarkan notis lucuthak kepada penerima. Barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 tidak boleh dikembalikan.

Barang-barang yang dirampas oleh Kastam/Agensi Kerajaan yang lain (OGA) disebabkan telah melanggar perintah/peraturan atau tidak dituntut dalam tempoh berkelayakan, notis rampasan akan dikeluarkan kepada penerima, dan salinan kepada PMB dan JKDM (jika notis rampasan dikeluarkan oleh OGA).

Pelangan-Pelangan boleh membuat pertanyaan atau mendapat keterangan lanjut mengenai barang pos dengan menghubungi di mana-mana pejabat Kastam yang beroperasi di PMB yang berkenaan.

Barang pos didefinasikan di bawah Akta Universal Postal Union (UPU) ialah:
  • Surat (tidak lebih 2 kg)
  • Poskad
  • Bahan bercetak ( tidak melebih 5 kg) manakala buku dan risalah (tidak melebihi 10 kg)
  • Bahan bacaan (braille) ( tidak melebihi 7 kg)
  • Paket kecil (tidak melebihi 2kg)
  • Bungkusan pos setiap satu bungkusan (tidak melebihi 31.5 kg)
  • Barang Express Mail Service (EMS) setiap satu bungkusan (tidak melebihi 50 kg)

SENARAI PEJABAT KASTAM YANG BEROPERASI DI PMB

PEJABAT SMK (Electronic)

NO. TELEFON, FAKS & E-MEL

PENGURUS

No.Telefon & Faks

JKDM

1.

PUSAT MEL  & KURIER

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,Jalan KLIA 1,

64000 Sepang, Selangor

(Hab Antarabangsa)

 

Tel: 03-87773777

Fax:03-87872717

 

 

 

 

En Farisham Mohd Din

1-300-300-300 (Khidmat Pelanggan Pos Malaysia)

atau

03-87773777

Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Tel: 03-87773741/2/4/7

Fax: 03-87773748

2

PUSAT MEL  JOHOR BAHRU

No. 4, Jalan Bakti

Kawasan Perindustrian Larkin

80350 Johor Bahru.

Tel: 07 – 2357054/

07 - 2352143

Tel: 07 -2352146

Faks: 07-2357055

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Isnin Ismail

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

07-2356055

Tel: 07- 2349631/29

Fax: 07-2356094

3

PUSAT MEL BUTTERWORTH

Jalan Bagan Dalam

12100 Buterworth

Tel: 04-3235103/

04-3235102

Faks: 04-3235104

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Hj. Samsudin Jamil

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

019-4545781

Tel: 04-3326503

Fax: 04-3243387

4.

PUSAT MEL IPOH

Bangunan Pejabat Pos Besar

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh.

 

Tel: 05-2537744/

Tel: 05-2545976

Faks: 05-2418848

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Ahmad Seman

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

019-9321087

Tel: 05-2533841

Fax: 05-2537322

5.

PUSAT MEL KOTA KINABALU

Jalan Chong Thein Vun

Off  Jalan Abdul Razak

88670 Kota Kinabalu.

 

Tel: 088-231297

Faks: 088-212419

Faks: 088-265100

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Mohammad Faisal Mokhtar

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

019-3901465

Tel & Fax: 088-214810

 

6.

PUSAT MEL KUCHING (PENDING)

Jalan Pending

93350 Kuching Sarawak.

General Line

Tel: 082-462612

Tel: 082-347677

Tel:082-456100

Faks: 082-456088

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Nisewan bin Haji Abdul Rahim

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

019-3901437

019-8161726

081-461499

Tel: 082-334508

Fax: 082-301102

PEJABAT SMK (Manual)

No. TELEFON. FKAS & E-MEL

PENGURUS


6.

POSLAJU BINTULU

KM 1 Jalan Tun Razak

97000 Bintulu

 

Tel: 086-339450

Tel: 086-311228

Faks: 086-338221

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Benya Empawi

019-8594151

086-316541

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Tel: 086-332375

7.

POSLAJU SIBU

Lot 234A

Jalan Tun Abang Haji Openg

96000 Sibu.

Tel: 084-345998

Tel: 084-337555

Tel: 084-332198

Faks: 084-3338033

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Osman Serani

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

019-8594165

084-345339

 

Tel & Fax: 084-330380

8.

POSLAJU SARIKEI

No. 83A & 83B

Jalan Masjid Lama

96100 Sarikei, Sarawak.

Tel: 084-656122

Faks: 084-655586

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Abdul Aziz Seroji

019-8544036

Tel:084-656122

9.

POSLAJU MIRI

Jalan Pos

98000 Miri.

Tel: 085-422388

Tel: 085-414388

Faks: 085-435288

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Khidmat Pelanggan

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Rohayati Awi

019-8544355

Tel & Fax: 085-665604

10

POSLAJU LANGKAWI

No.27 & 28 Taman Sri Belian, Jalan Air Hangat,

07000 Langkawi

Tel: 04-9660455

Fax: 04-9661455

Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Asiah Ahmad

019-4546292

Tel:04-9699002

11

POSLAJU LABUAN

Bangunan Tang Kah Wah,

87000 WP Labuan

Tel:087-412349

Fax:087-410104

Salina Henry Abdullah

019-8120216

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Tel:087-412349








 

Prosedur  Menerima Bungkusan Pos

PMK KLIA  akan mengasingkan  barangan kepada dua kategori.

 

Barang yang diberi pelepasan terus

PMB akan menghantar barang terus kepada penerima.mengikut alamat penerima.

 

Barang-barang yang ditahan

  1. PMB akan mengeluarkan Notis Tahan Dagangan (PK1) dengan menyertakan salinan JK 78 (jika melibatkan permit) untuk makluman dan tindakan penerima
  2. Bagi barang larangan bersyarat/permit di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, penerima perlu mendapatkan permit dari agensi berkenaan. Borang ikrar Kastam No.1 hendaklah dikemukakan bersama dengan permit
  3. Sekiranya barangan tertakluk kepada duti /cukai pembayaran hendaklah dibuat dibuat di kaunter pembayaran PMB.
Penerimaan bungkusan pos akan dibuat melalui isihan di PMK KLIA oleh Pegawai Kastam mengikut tatacara yang ditetapkan dan di ambil tindakan berikut:
  1. Barang pos yang  diisih akan diberi status pelepasan atau ditahan oleh PMK KLIA.
  2. Barang yang telah diberi pelepasan akan dihantar terus kepada penerima oleh PMB.
  3. Bagi barang yang ditahan oleh Kastam/Agensi Kerajaan Yang Lain (OGA) PMB akan mengeluarkan Notis Tahan Dagangan (PK1) dengan menyertakan salinan JK 78 (jika melibatkan permit) untuk makluman dan tindakan penerima.

Bagi barang larangan bersyarat/permit di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 perlu diikrar dalam Borang K1 dengan menyertakan  kelulusan/permit dari agensi berkaitan.

Bagi barangan import semula, ia hendaklah berpandukan kepada panduan prosedur import semula yang telah ditetapkan

 

Prosidur  Menghantar Bungkusan Pos

Penghantaran bungkusan pos perlu dibuat dengan mengisi borang yang ditetapkan iaitu Nota Konsainmen bagi Express Mail Service (EMS) , CN22 bagi bungkusan kecil (small packet) dan CN23 bagi bungkusan yang boleh didapati di kaunter Pos Malaysia. Bagi barang larangan bersyarat /permit yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 dan Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010, ia perlu mendapat kelulusan/permit dari agensi berkaitan dan diikrar dalam Borang K2. Barangan yang tertakluk kepada larangan mutlak adalah dilarang dikirim keluar. Bungkusan pos yang hendak dikirim keluar yang berduti/bercukai dan yang akan dituntut  pengecualian serta barang yang akan diimport semula, perlu diikrar dalam Borang kastam No.2 dan perlu dibuat pemeriksaan fizikal untuk pengesahan semasa penghantaran keluar dan pengimportan semula.

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia