There are no translations available.
KDRM terima lima APD dilatih dalam negara bantu banteras kes seludup syabu
PADANG BESAR: Keupayaan Unit K9 Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam usaha mengekang penyeludupan barangan terlarang terutama najis dadah di semua pintu masuk negara, kini diperhebatkan dengan penerimaan lima anjing pengesan dadah (APD), baru-baru ini.
Menariknya, kelima-kelima anggota baru K9 KDRM terbabit iaitu masing-masing dua dari jenis German Shepherd dan tiga Malinois (Beligium Shepherd) adalah APD kelahiran tempatan, yang dibeli daripada pusat latihan dan pembiakan anjing `The Tigerland Canine Academy', yang berpangkalan di Padang Besar, Perlis.
Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) KDRM, Datuk Md Hassim Pardi, berkata semua lima APD terbabit adalah aset terbaru pihaknya yang dibeli dengan harga kira-kira RM16,000 seekor.
Beliau berkata, walaupun ia kelahiran tempatan dan dilatih di negara ini, keupayaan dimiliki kelima-lima APD berkenaan tidak kurang hebatnya berbanding APD yang dibeli dari luar yang harganya mencecah lebih RM30,000 seekor.

“Ini terbukti apabila Unit K9 KDRM sepanjang tahun lalu, berjaya membantu mematahkan dua cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM500,000 masing-masing di Pulau Pinang pada 27 Mei 2009 dan Padang Besar, Perlis pada 27 Disember lalu.
"Dalam kejadian itu, APD bernama 'Aika' berjaya membantu KDRM mengesan sejumlah 91.84 kilogram (kg) ganja yang disembunyikan di dalam bonet sebuah kereta di Kristal Villa, Bayan Lepas, manakala di Padang Besar pula, APD dengan nama 'Canto' mengesan sejumlah dadah jenis syabu dalam Ops bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di pintu masuk sempadan.
"Dengan rekod ini, kita yakin pembelian APD tempatan berbaloi, kerana keberkesanan tugas dijalankannya terbukti setaraf APD dari luar. Malah, peranannya di semua pintu masuk sempadan termasuk di lapangan terbang dilihat sentiasa relevan dan berkesan," katanya.
Terdahulu, beliau yang mewakili KDRM menerima kelima-lima APD baru berkenaan yang diserahkan Pengasas dan Pengurus `The Tigerland Canine Academy', Michael Lee, dalam satu majlis ringkas di pejabat Cawangan Narkotik KDRM Padang Besar.
Mengulas lanjut pembelian berkenaan Md Hassim berkata, ia bertujuan menggantikan APD sedia ada di seluruh negara terutama di beberapa negeri yang kini sudah mencecah usia persaraan iaitu sekitar usia 10 tahun, termasuk ada yang mati.
Buat masa sekarang, katanya, KDRM mempunyai 27 APD yang kebanyakannya kelahiran tempatan dan dibeli daripada `The Tigerland Canine Academy'. Ia kini ditempatkan di seluruh negara, termasuk lapan daripadanya di ibu Pejabat KDRM di Putrajaya.
"Selain itu, baki 19 lagi APD ditempatkan di setiap pintu masuk sempadan baik melalui laluan darat, udara atau perairan. Ini termasuk empat di Kota Kinabalu, masing-masing tiga di Kuching dan Alor Setar serta masing-masing dua di Johor Bahru, Pengkalan Hulu dan Padang Besar.
"Sementara baki tiga lagi APD ditempatkan masing-masing seekor di Butterworth, Rantau Panjang dan Pulau Langkawi," katanya.
Mengenai peranan APD, Md Hassim berkata, anjing terbabit sudah dilatih ketika berada di `The Tigerland Canine Academy', namun ia masih perlu melalui tiga bulan latihan khas untuk tujuan pengesanan dadah dan barangan terlarang.
Beliau berkata, setiap APD akan diserahkan kepada seorang penyelia yang turut bertindak sebagai pengendali, yang mana KDRM kini mempunyai 27 pengendali, termasuk dua daripadanya yang berpangkalan di Unit Narkotik Padang Besar dan Alor Setar, yang beragama Islam.
Khidmat APD ini, katanya, amat diperlukan terutama di pintu masuk negara seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengendalikan sehingga 30 juta penumpang setahun.
"Justeru, semua APD terbabit akan dihantar ke Pejabat Kastam Cawangan narkotik di Nilai, Negeri Sembilan, untuk tujuan latihan mengesan semua jenis dadah konvensional seperti heroin, ganja serta opium dan dadah baru jenis sintetik seperti ketamin, Eramin-5, ecstacy dan sebagainya.
"Sebaik selesai latihan, semua APD terbabit akan diagihkan ke lokasi tertentu yang memerlukan tambahan atau gantian," katanya.