Monday, May 21, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MEMASANG BLINDS UNTUK JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA DI PEJABAT BARU JKDM PUTRAJAYA

There are no translations available.

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala 220801(Hiasan Dalaman)  bagi menyertai Sebutharga berikut:

NO. SEBUTHARGA

TAJUK

KOD BIDANG PENDAFTARAN

3/2012

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MEMASANG BLINDS UNTUK JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA DI PEJABAT BARU JKDM PUTRAJAYA

 

220801

Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.

Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi penyebutharga yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.

Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 30 Januari 2012 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 8 Utara, Cawangan Pengurusan Perolehan Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya . Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 9 Februari 2012. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822293 / 03-88822296