Thursday, August 21, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size
Select a news topic from the list below, then select a news article to read.

PENGEDARAN PERINTAH BIL. 7/2013

Pengedaran Pindaan/Perintah

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

Berikut dilampirkan PENGEDARAN PERINTAH BIL. 7/2013 [PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI EKSPORT) (PINDAAN) 2013].

 

PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA JKDM

Scroller

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

Berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

Taktik penipuan yang perlu anda tahu :

  • Penipuan berkaitan bungkusan
  • Penipuan hubungan cinta
  • Penipuan berkaitan perniagaan.

Sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi :

Talian bebas tol : 1-800-88-8855

E-mel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Teks Ucapan KPK sempena Perasmian Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-71

Dato' Khazali Bin Haji Ahmad

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

ﻢﻴﺤﺭﻠﺍﻥﻤﺤﺮﻠﺍﷲﺍﻡﺴﺒ

Yang Saya Muliakan, Pengerusi Majlis.

Yang Berbahagia Dato' Hj Matrang bin Suhaili

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan)

Yang Berbahagia Dato' Amir bin Abd Hamid

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan)

Yang Berbahagia Dato' Hj Zainul Abidin bin Taib

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

Yang Berbahagia Dato' Zaleha binti Hamzah

Penasihat Kastam

Yang Berbahagia Pengarah Bahagian Ibu Pejabat

Yang Berbahagia Pengarah Kastam Negeri,

Yang Berbahagia Pengarah Akmal, Labuan dan PCKP Singapura.

Yang Saya Hormati Wakil Pertubuhan Dalam Jabatan,

Tuan-Tuan, Puan-Puan serta para hadirin sekalian.

اسلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Kastam

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-71.

2. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Y.Bhg. Dato' Amir Abd. Hamid selaku tuan rumah, serta Ahli Urusetia Mesyuarat kerana telah membuat persiapan yang baik bagi menjayakan majlis ini. Sesungguhnya peluang berinteraksi dengan peringkat warga Kastam amat wajar diadakan untuk membolehkan gagasan, hasrat dan jangkaan Jabatan dapat dikongsi secara terus dan tulus.

. UCAPAN TAKZIAH DAN PENGHARGAAN

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

3. Pada 26 April lalu, Jabatan telah dikejutkan dengan satu kejadian yang amat menyedihkan kita semua. Allahyarham Dato' Haji Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) telah ditembak sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Akibat daripada tembakan itu, Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya. Marilah kita membacakan Surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Alfatihah.

4. Saya bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham atas perkhidmatan cemerlang kepada Jabatan Kastam selama 33 tahun. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang besar kepada Jabatan Kastam, kepada Perkhidmatan Awam dan juga Negara. Semoga roh Allahyarham diletakkan dalam kalangan para anbia, shuhadak dan solihin.

5. Jabatan Kastam juga merakamkan penghargaan kepada Pemandu Allahyarham, Encik Ahmadi, kerana telah menunjukkan semangat yang luar biasa sewaktu berhadapan dengan tragedi tersebut. Dalam keadaan terpinga-pinga dan berbahaya itu, Encik Ahmadi berupaya membuat keputusan yang betul dengan bertindak membawa Allahyarham ke hospital tanpa memikirkan keadaan dirinya sendiri samada beliau juga terkena tembakan ataupun tidak semata-mata mahu melindungi nyawa Ketua nya. Jabatan Kastam amat berbangga dengan sifat-sifat terpuji Encik Ahmadi dan semangat ini wajar dicontohi oleh seluruh pegawai Jabatan.

6. Untuk makluman hadirin, Jabatan telah menyerahkan kes ini kepada pihak Polis. Saya juga telah menubuhkan sebuah Pasukan Khas diketuai oleh Dato' Haji Matrang Suhaili untuk membuat siasatan dalaman. Manakala satu Kertas Cadangan kini sedang disiapkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat bagi memantapkan prosedur berkaitan keselamatan pegawai dan keselamatan Pejabat Kastam.

7. Dalam hal ini, saya meminta janganlah ada mana-mana pegawai membuat apa-apa andaian atau spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan. Kita serahkan sahaja kepada pihak yang berwajib untuk merungkai cerita sebenar. Sesungguhnya kita perlu menerima hakikat bahawa setiap kematian merupakan suatu ketetapan daripada Allah SWT. Pepatah orang tua-tua juga ada berkata: "yang hidup pasti mati, yang mati takkan kembali",.

8. Oleh itu pemergian Allahyarham tidak harus diratapi hingga boleh melemahkan kekuatan kita. Sebaliknya, kita harus memandang ke hadapan dengan cara menyusun semula keupayaan kita. Janganlah kita hilang kekuatan dengan pemergian Allahyarham, kerana pepatah Melayu ada berkata, "yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti". Saya percaya, dengan barisan kepimpinan yang masih ada di dalam dewan ini kita tetap berupaya untuk meneruskan usaha-usaha kita melonjakkan Jabatan Kastam ke hadapan secara lebih gagah, insyaAllah.

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

9. Pada 5 Mei lalu, Rakyat telah membuat pilihan melalui PRU-13. Hasilnya, Barisan Nasional telah berjaya mendapat majoriti mudah sebanyak 133 buah kerusi Parlimen atau sebanyak 60.45% daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

10. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Barisan Nasional kerana telah mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang. Jabatan Kastam berikrar akan bergerak bersama-sama YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dengan penuh kepercayaan, ketaatan serta iltizam yang tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.

MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

11. Pada hari ini, Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia Kali ke-71 akan berlangsung selama 3 hari. Dalam mesyuarat ini nanti kita akan memfokus terhadap isu-isu yang berkaitan dengan dasar Jabatan, iaitu penggubalan dasar, pelaksanaan dasar, pemantauan dasar dan juga penilaian semula terhadap dasar Jabatan. Ini merupakan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Jabatan yang dianggotai oleh semua Pegawai Pengurusan Tertinggi serta Pengarah Kastam Bahagian dan Negeri sebanyak 3 kali setahun.

12. Sehubungan itu, saya mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Mesyuarat ke majlis ini dan berdoa semoga Tuhan memberikan kita ilham dan petunjuk agar dapat kita membincangkan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam Agenda Mesyuarat dengan cara yang terbaik.

13. Saya juga mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan ke majlis perasmian ini, khususnya kepada pegawai daripada Ibu Pejabat yang buat turut dijemput dan berpeluang untuk turut sama mendengar Ucaptama Ketua Pengarah Kastam. Sebelum ini, sesi ini biasanya diadakan secara tertutup khusus kepada Ahli-Ahli Mesyuarat sahaja.

14. Oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Amir selaku Pengerusi Urusetia Mesyuarat atas idea baru ini. Bagi saya, perubahan ini amat baik dilakukan kerana pegawai Ibu Pejabat merupakan pihak terpenting dalam menggerakkan dasar-dasar Jabatan dan sewajarnya mereka menerima amanat-amanat Ketua Pengarah Kastam secara first-hand.

SETAHUN MELAYARI BAHTERA KASTAM

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

15. Dalam masa lebih kurang sebulan lagi, iaitu pada 22 Jun nanti, genaplah tempoh setahun saya menjadi Ketua Pengarah Kastam. Dalam tempoh yang itu, saya akui, tugas mengemudi Bahtera Kastam bukanlah mudah. Apatah lagi dalam tempoh setahun ini kadang-kala Bahtera kita terpaksa menempuh laluan yang bergelora sebelum berjaya tiba ke pelabuhan impian.

16. Namun alhamdulillah, dalam merentasi lautan itu, saya mempunyai beberapa panduan yang ditinggalkan oleh Nakhoda sebelum ini. Antaranya ialah kata-kata semangat yang pernah diucapkan oleh Tan Sri Abdul Halil, katanya: "A ship in a harbor is safe, but that is not what ships were built for".

17. Saya juga mendapat panduan daripada slogan pengurusan Dato' Sri Abdul Rahman iaitu "Sepakat Ke Arah Kecemerlangan", serta moto pengurusan Dato' Sri Ibrahim Jaapar dan Dato' Sri Mohamad Khalid iaitu: "Anda Ceria, Kami Gembira".

18. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin Jabatan sebelum saya telah mencipta slogan-slogan pengurusan terbaik dan berguna untuk dijadikan panduan. Umpamanya, perkataan "Sepakat", "Ceria" dan "Gembira" merupakan elemen-elemen yang pernah ada dan terbukti telahpun berjaya menggerakkan Bahtera Kastam ke hadapan. Sudah tentu, situasi ini juga turut menginsafkan saya bahawa kita semua adalah penyambung warisan kepada impian pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahu memastikan corebusiness Jabatan dilaksanakan melalui perkhidmatan yang bertaraf dunia.

19. Ini bermakna impian untuk bertaraf dunia merupakan impian yang telah kita warisi sejak 11 tahun lalu, iaitu sejak tahun 2002. Impian ini amat diharap-harapkan untuk menjadi realiti pada tahun 2015, iaitu kira-kira 19 bulan sahaja lagi.

20. Kita juga telah melihat tanggungjawab merealisasikan impian itu dilakukan secara berterusan melalui tangan yang bersilih ganti, dan sedar atau tidak, orang yang bakal memegang baton terakhir dalam siri larian ke garis penamat pada tahun 2015 itu kelak sebahagian besarnya berada di dalam dewan ini.

21. Saya juga melihat bahawa setiap kali berlakunya pertukaran pemimpin Jabatan, kebiasaannya akan disusuli dengan perubahan dalam Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan. Perkara ini menunjukkan kepada kita bahawa kita telah berusaha merealisasikan Misi dan Visi Jabatan dengan berbagai cara, yang digubal mengikut keperluan semasa. Kita telah melihat Dasar Pembangunan PMS (People, Machine, System), PPP (People, Process, Partnership), yang kemudiannya beralih kepada CINR (Corebusiness, Integrity, Networking, Resource), disusuli ICTR (Integrity, Corebusiness, Technology, Rakyat) dan seterusnya kepada Dasar Pembangunan ISO (Input, System, Output/Outcome).

22. Tetapi, apabila saya mengambil-alih jawatan Ketua Pengarah Kastam, saya tidak memperkenalkan Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang baru. Saya juga tidak melakukan apa-apa perubahan terhadap Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang sedia ada. Lalu timbullah tanggapan dalam kalangan kita bahawa "KP baru tidak melakukan apa-apa".

23. Memang betul, saya tidak memperkenalkan Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang baru kerana saya berpendapat tidak ada apa-apa cacat celanya terhadap dasar-dasar Jabatan yang sedia ada. Bahkan, hingga ke hari ini, kita telah memantapkan Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan itu dengan beberapa dasar sokongan yang cukup banyak, yang mana telah kita dokumenkan sekurang-kurangnya ke dalam 8 buah buku yang cantik-cantik, iaitu:

· Buku Pelan Perancangan Strategik JKDM.

· Buku Pelan Integriti JKDM.

· Buku Pelan Inovasi JKDM.

· Buku Pelan Pembangunan ICT JKDM,

· Buku Pelan Pengurusan Sumber Manusia JKDM.

· Buku Halatuju Program Transformasi Kastam atau T-15.

· Buku Halatuju Program Transformasi Penguatkuasaan atau PTP,

· dan yang terbaru ialah Buku High Performance Organisation atau HPO,

24. Sedar atau tidak, kelapan-lapan buah buku ini telah menetapkan beratus-ratus program atau inisiatif yang wajib kita lakukan dalam tempoh lima tahun ini untuk menjadikan perkhidmatan Kastam bertaraf dunia pada tahun 2015.

25. Ini bermakna Jabatan sebenarnya sudahpun memiliki ramuan yang cukup untuk berjaya. Atas sebab inilah juga, saya tidak cuba memperkenalkan Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang baru, kerana ia boleh menjejaskan momentum kita dalam menjayakan apa yang telah kita rancangkan melalui buku-buku dasar itu.

26. Saya berpendapat Jabatan telahpun berada pada landasan yang betul untuk muncul sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia dalam tugas-tugasnya memungut cukai, menyediakan fasilatasi perdagangan dan menguatkuasakan pematuhan undang-undang.

27. Namun begitu, hingga ke hari ini, saya tetap diselubungi oleh tiga persoalan:

Pertama, adakah beratus-ratus inisiatif yang telah dirancang melalui lapan buah buku dasar Jabatan itu telah kita laksanakan sepenuhnya?

Kedua, apakah ia dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan?

Ketiga, di manakah titik kedudukan kita pada hari ini berbanding sasaran tahun 2015 nanti?

"i-SPEED"

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

28. Untuk menjawab tiga soalan yang saya kemukakan itu, janganlah kita membuang masa dengan berbahas mencari sebab- musabab kenapa ianya berlaku. Sebaliknya, apa yang patut kita lakukan ialah dengan memandang ke hadapan mencari apakah "cara yang betul" atau "Right-Way" untuk kita lakukan dan bertindak melaksanakan "cara yang betul" itu dengan SEGERA atau "Right-Away". Berasaskan kepada prinsip "Right-Way, Right-Away" ini jugalah maka pada hari ini saya mengumumkan bahawa Jabatan memperkenalkan "Dasar Pengurusan i-SPEED".

29. Ingin saya mengingatkan bahawa "i-SPEED" bukanlah Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang baru, sebaliknya ia merupakan satu strategi jangka pendek Jabatan yang akan digunakan dalam tahun 2013 – 2015 bagi memastikan semua program yang masih tertunggak mengikut Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh yang berbaki 19 bulan ini.

28. Kita harus sedar bahawa segala apa yang diaspirasikan tidak akan terjelma tanpa pelaksanaan yang pantas, profesional dan berkesan. Melalui "i-SPEED", ciri-ciri pengurusan itu akan kita berikan penekanan kerana kita mahu Jabatan menjadi lebih responsif terhadap aspirasi Dasar Pembangunan Organisasi Jabatan yang digubal oleh kita sendiri. Mengambil petua orang tua-tua, "kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan".

29. Dalam konteks bekerja, janganlah kita lambatkan apa yang kita boleh selesaikan pada saat ini. Jangan tangguhkan saat ini kepada minit, jam, hari, minggu, bulan mahupun tahun yang berikutnya. Keputusan cepat, pantas dan tanpa bertangguh perlu dibuat terutamanya kerja-kerja yang melibatkan kelulusan Kastam, pemberian lesen, tender, kontrak, sebut harga, pembayaran kerja, pembayaran overtime pegawai dan lain-lain perkara yang melibatkan implikasi kewangan, Kepantasan kita bukan sahaja dapat menggembirakan pelanggan tetapi mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, seterusnya menambah kekayaan nasional. Jelas sekali, budaya melambat-lambatkan sesuatu kerja atau keputusan akan merugikan Jabatan, rakyat dan negara.

30. Ini bermakna "i-SPEED" juga akan menjadi mekanisma pengurusan dalam memantau status pencapaian Misi dan Visi Jabatan. Ini dapat kita lakukan dengan cara memberikan fokus yang tinggi terhadap 6 elemen penting yang terkandung sebagai akronim "i-SPEED", iaitu "Integrity", "Speed", "Professional", "Efficient", "Effective" dan "Dynamic".

31. Bagi memastikan usaha ini berjalan dengan lancar, saya telahpun menubuhkan satu Pasukan Khas yang dinamai "Pasukan Pelaksana Pengurusan i-SPEED". Operasi oleh Pasukan Khas ini akan diketuai oleh Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, manakala Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dilantik sebagai caretaker.

32. Pasukan Khas ini akan bertindak sebagai fasilitator dan rakan pembantu kepada semua Pengarah Kastam Bahagian dan Negeri dalam melaksanakan program-program tertunggak serta bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi semasa pelaksanaannya kepada saya serta Timbalan dan Penolong Ketua Pengarah.

33. Dalam Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Ke-71 ini nanti, penjelasan lanjut berkenaan dasar pengurusan "i-SPEED" akan dibentangkan oleh Bahagian Perancangan Korporat. Selepas itu, saya mahu Cawangan Perhubungan Awam menerbitkan satu blueprint "i-SPEED" serta membuat hebahan-hebahan yang sesuai bagi kefahaman semua pihak dalam Jabatan.

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

34. Suka saya memaklumkan bahawa pengiktirafan "Kastam bertaraf dunia" bukanlah sesuatu yang akan kita perolehi dengan cara "meminta-minta". Sebaliknya, kita perlu meraih pengiktirafan itu dengan cara yang lebih terhormat, antaranya ialah dengan memastikan output perkhidmatan Kastam berupaya memberikan impak terhadap kedudukan Negara dalam indeks-indeks antarabangsa, seperti Tranparency International Index, Global Competitiveness Index, Ease Of Doing Business dan World Competitiveness Ranking.

35. Pada tahun ini, Malaysia menduduki tangga ke-12 dalam indeks Ease Of Doing Business berbanding tangga ke-18 pada tahun sebelumnya. Malaysia juga berada pada kedudukan ke-14 dalam World Competitiveness Ranking berbanding tempat ke-16 sebelumnya. Dalam Global Competitiveness Report, Malaysia menduduki tangga ke-25 berbanding tangga ke-21sebelumnya. Manakala Indeks Persepsi Rasuah dalam Transparency International Index pula meletakkan Malaysia pada tangga ke-54 berbanding tangga ke-60 pada tahun sebelumnya.

36. Walaupun kebanyakan indeks tersebut telah menunjukkan kemajuan yang positif namun ranking Negara masih boleh dipertingkatkan sekiranya beberapa elemen pengukuran yang membabitkan kecekapan di pihak Kastam dapat diperbaiki, iaitu elemen-elemen paying taxes, trading across borders serta aspek burden of Customs procedure dalam Global Competitiveness Index.

. MENINGKATKAN PUNGUTAN CUKAI

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

37. Sejak merdeka, antara tugas yang diamanahkan kepada Jabatan Kastam ialah memungut cukai. Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakan amanah ini dengan baik dari tahun ke tahun. Umpamanya, pada tahun 2000 lalu kita telah memungut cukai sebanyak RM 16.2 bilion. Pada tahun lalu angka itu meningkat kepada RM 32.3 bilion.

38. Manakala pada tahun ini, iaitu setakat tarikh 30 April lalu kita sudahpun mencatat angka RM 10.804 bilion, iaitu meningkat sebanyak 5.48% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Sekiranya trend ini berterusan, kita mampu mencapai angka sasaran Kerajaan tahun ini iaitu RM 34 bilion.

39. Dalam hal ini, kejayaan-kejayaan yang telah kita capai itu bukanlah datang secara "bergolek" atau diperolehi secara "tidak sengaja". Sebaliknya, ia merupakan "planned change", iaitu hasil daripada suatu tindakan yang telah dirancang. Umpamanya, kita telah merancang beberapa strategi meningkatkan pungutan hasil sejak bulan Oktober tahun lalu dan kita melaksanakan strategi-strategi itu seawal bulan Januari tahun ini. Kemudian, kita bertindak memantau hasil pelaksanaannya pada setiap minggu melalui Mesyuarat Pemantauan Hasil dan memperbetulkan apa-apa kelemahan secara serta-merta.

40. Bagi memantapkan lagi usaha Jabatan untuk meningkatkan amaun pungutan hasil pada tahun ini, saya juga telah mengisytiharkan tahun 2013 ini sebagai "Tahun Cukai Dalam Negeri". Maknanya, pada tahun ini kita akan meningkatkan angka pungutan cukai dengan cara meningkatkan kecekapan kita dalam menguatkuasakan aktiviti-aktiviti Cukai Dalam Negeri, terutamanya dalam aspek penghantaran Penyata Cukai oleh Pemegang Lesen.

41. Saya juga ingin mengingatkan bahawa, apabila saya menyebut tahun 2013 sebagai "Tahun Cukai Dalam Negeri", ini bukan bermakna tanggungjawab pelaksanaannya terletak di bahu Bahagian Cukai Dalam Negeri semata-mata. Sebaliknya, perisytiharan itu telah menjadikan ia sebagai "Agenda Jabatan Kastam". Maksudnya, semua Bahagian dalam Jabatan iaitu Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pematuhan, Bahagian Siasatan, Bahagian Risikan, Bahagian Pendakwaan, Bahagian Kastam, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perancangan Korporat, Bahagian Pengurusan, malah AKMAL, wajib menjayakan Agenda Kastam ini secara bersama-sama.

42. Tidak ada mana-mana Bahagian dikecualikan daripada menjayakan agenda ini dan tidak ada mana-mana Bahagian yang boleh mendakwa apa-apa kejayaan yang diraih kelak sebagai kejayaan persendirian mana-mana Bahagian.

43. Bagi memastikan tanggungjawab ini dipikul secara bersama-sama maka saya telah memutuskan bahawa saya akan mengambilkira tahap penglibatan Pengarah Bahagian dan Pengarah Kastam Negeri dalam menjayakan agenda ini sebagai salah satu indikator dalam Penilaian Prestasi Tahunan mereka.

FOKUS TAHUN 2015

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

44. Tahun 2015 kerap dikaitkan dengn Visi Kastam bertaraf dunia. Di mana-mana sahaja, banyak pegawai Jabatan berbicara mengenainya. Saya akui bahawa "perkhidmatan Kastam bertaraf dunia" perlu berlaku pada tahun 2015, tetapi jangan kita lupa bahawa pada tahun 2015 itu juga terdapat dua perkara besar lain dituntut untuk turut sama berlaku - malah diwajibkan untuk direalisasikan oleh Jabatan - iaitu U-Customs dan MyGST.

45. Visi Kastam, U-Customs dan MyGST adalah tiga perkara besar yang bakal melakarkan laluan baru Jabatan pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, survival Jabatan Kastam terletak pada kejayaan kita dalam merealisasikan tiga perkara ini pada tahun 2015 nanti.

46. Oleh itu, semua pegawai Jabatan perlu sedar bahawa Visi Kastam, U-Customs dan MyGST bukanlah "cerita kosong" atau "angan-angan kosong" yang boleh diperlekehkan. Sebab itulah saya telah beberapa kali mengingatkan bahawa jika kita benar-benar memikirkan apakah hala tuju masa hadapan Jabatan Kastam maka jawapannya terletak kepada tiga perkara besar yang saya sebutkan itu, yang patut diberikan tumpuan sama rata dan utama oleh pengurusan Jabatan.

47. Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Khas GST yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Zaleha Hamzah. Pasukan ini telah berjaya mengurus projek MyGST dengan cemerlang dan sebahagian daripada pelaksanaannya telah disempurnakan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Syabas saya ucapkan.

48. Terima kasih juga kepada Pasukan U-Customs kerana status pembangunan sistem U-Customs berjalan mengikut jadual dan kini berada pada fasa terakhir pengurusan tender. Melalui U-Customs, sebahagian besar operasi Kastam bakal berlaku secara elektronik melalui sistem single gateway multiple channel, single sign-on, end-to-end solution, menggunakan public key infrastructure, boleh membuat capaian melalui rangkaian bersepadu 1GovNet, dan yang penting ialah mematuhi standard antarabangsa.

KEPIMPINAN JABATAN

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

49. Perkara terakhir yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan "kepimpinan" dalam Jabatan. Kita tahu, sejauh manakah Jabatan mampu melaksanakan fungsi-fungsinya dengan baik bergantung kepada corak kepimpinan yang ada pada kita semua, khususnya Pegawai Pengurusan Tertinggi serta Pengarah-Pengarah Kastam. Oleh itu dalam konteks ini, saya ingin menyebut tentang keupayaan kepimpinan kita untuk mewujudkan suasana yang "harmoni" dalam Jabatan, yang perlu dihasilkan melalui semangat "kerja berpasukan" dan semangat "esprit-de-corp".

50. Kita sedar bahawa setiap manusia memiliki nilai-nilai peribadi yang tersendiri, iaitu satu set kepercayaan yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu perkara. Dengan kepercayaan yang dipegang itu, seseorang itu telah melakukan sesuatu dengan cara yang mereka percaya betul..

51. Begitulah juga dengan saya dan Tuan-Tuan sebagai pemimpin dalam Jabatan. Kita juga memiliki "nilai peribadi" yang tersendiri dan nilai-nilai itulah yang mempengaruhi "gaya kepimpinan" kita dalam mengurus Bahagian atau Negeri. Kadangkala, apabila kita ternampak sahaja "dia" kita sudah dapat menggambarkan corak pentadbiran Kastam di "Negeri dia". Malah, jika timbul sesuatu masalah di Bahagian atau Negeri tertentu kita mengaitkannya dengan "personaliti peribadi" Pengarahnya di situ.

52. Ini bukanlah satu senario yang luar biasa, kerana berdasarkan hasil kajian seorang ahli pengurusan Barat, Charles Galloway: "The single most important factor in determining the climate of an organization is the top executive". Saya bersetuju dengan hasil kajian ini tetapi ia bukanlah satu senario yang baik kepada Jabatan, apatah lagi jika seseorang Pengarah yang lemah "kepimpinannya" duduk terlalu lama di satu-satu tempat. Jika senario ini tidak dikawal, ia boleh mengancam "keharmonian" dalam Jabatan.

53. Oleh itu sudah tiba masanya kita melakukan proses synergy dalam kepimpinan Jabatan dengan cara berubah dari menzahirkan "kepimpinan" berasaskan perbezaan peribadi kepada membentuk "kesamaan kepimpinan terbaik" dalam kalangan kita. Kita boleh mengamalkan "cross-function", seperti Ketua Bahagian Kastam mengetuai operasi khas di Bahagian Penguatkuasaan. Kerja-kerja operasi Cawangan Pemeriksaan Penumpang juga boleh disertai oleh pegawai Bahagian Pengurusan supaya apa-apa justifikasi permohonan pembelian peralatan tugas oleh Bahagian Kastam kemudiannya mudah difahami oleh pegawai Bahagian Pengurusan dan harmoni.

54. Pada permulaan mungkin ia sukar dilakukan dan menimbulkan krisis, tetapi dalam jangka panjang saya yakin "gaya kepimpinan" yang pelbagai itu boleh bersatu dengan mesra serta menerbitkan rasa persefahaman dan keharmonian antara kita..

55. Kerja berpasukan membolehkan pegawai Jabatan bergerak atas persamaan yang ada. Ia turut merangsang kepada wujudnya eko-sistem kerja yang harmoni, segar dan dinamik. Ia boleh mencegah berlakunya perbuatan buruk seperti berprasangka, kata-mengata atau fitnah menfitnah sesama sendiri.

56. Melalui kerja berpasukan ini kita dapat berkongsi hasrat, berkongsi matlamat, mementingkan musyawarah, bersatu hati, berganding bahu dan saling membantu dengan mengambilkira keupayaan semua pegawai, Bak kata pepatah Melayu, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Surah As-Saff, ayat 4 juga ada menyebut, "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang pada jalan-Nya dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat". Kata pepatah Barat pula: "The more, the merrier. The more, the better result'.

57. Aspek kedua yang perlu diberikan perhatian dalam mewujudkan "keharmonian" dalam Jabatan ialah dengan memantapkan "esprit de corp" atau "Semangat Setia Kawan". Kita perlu memiliki "kepimpinan" yang boleh membawa Jabatan ke arah itu. Kita mesti menghindari sikap "tidak percaya" kepada pegawai atasan, tidak percaya kepada rakan setugas mahupun kepada pegawai bawahan.

58. Sebaliknya, kita harus bekerja dengan semangat kesetiaan tanpa wujudnya buruk sangka, tindas menindas atau fitnah-memfitnah. Melalui semangat "esprit de corp", semua pegawai akan bertanggungjawab untuk memartabatkan Jabatan. Kita juga akan saling membela maruah rakan sekerja. Umpamanya, andai kita mendengar sesuatu fitnah disebarkan terhadap rakan sekerja, kitalah yang memerangi fitnah itu, bukannya memburukkan lagi keadaan.

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

59. Ke arah membentuk Jabatan yang harmoni, dua program telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun. Pertama, ialah program "i-SPEED4U 1.0", yang akan menumpukan kepada usaha-usaha mengharmonikan persekitaran dalam Jabatan. Kedua, ialah program "i-SPEED4U 2.0", yang akan menumpukan kepada keharmonian antara Jabatan dengan pihak luar.

60. Dalam mewujudkan persekitaran dalam Jabatan yang harmoni, kita hendaklah mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan oleh NGO Jabatan seperti Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA), Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPPKSM), Persatuan Wanita Kastam (PERWAKAS), Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA), Yayasan Kebajikan Kastam (YKKM), Koperasi Kastam Malaysia (KOPKASTAM) dan sebagainya. Bagi saya, sumbangan semua pihak termasuk NGO-NGO ini amat signifikan dalam memberi input-input berguna kepada Jabatan.

61. Dalam masa yang sama, kita juga akan memantau pandangan-pandangan yang diberikan oleh pegawai Jabatan melalui Facebook, Twitter ataupun Blog. Kita perlu menerima pandangan-pandangan mereka jika ia boleh memberikan kebaikan kepada semua pihak. Sekiranya ia berbentuk fitnah atau cacian, sama-samalah kita menjawabnya melalui komen balas secara berhemah.

PENUTUP

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

62. Ucapan saya hampir tiba ke penghujung. Sebelum saya menamatkan ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Amir dan ahli-ahli Urusetia Mesyuarat yang telah mengaturkan ruang dan kesempatan ini untuk saya menyampaikan pandangan dan pesanan sebagai panduan kepada kita semua dalam menggalas tanggungjawab selaku pemimpin tertinggi di peringkat Jabatan, Bahagian dan Negeri.

63. Saya berharap perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi akan diambil tindakan dengan segera dan bijaksana. Apabila saya menyebut "segera" dan "bijaksana" ia bermakna "if you see a snake, just kill it. Dont appoint a comittee on snakes".

Sekian,

وبالله توفق والهدايه واسلام عليکم ورحمت لله وبرکا ته

Terima kasih.

   

PENGEDARAN PINDAAN BIL. 6/2013

Pengedaran Pindaan/Perintah

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

Berikut dilampirkan PENGEDARAN PINDAAN BIL. 6/2013 [PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN) (NO.2) 2013].

 

WP. LABUAN

W.P LABUAN

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

SENARAI PENYELIA DAN PEGAWAI YANG DISELIA

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN

PERINGKAT ORGANISASI

(Pengurusan/Bahagian/Cawangan/Unit)

 

NAMA PENYELIA,JAWATAN DAN GRED

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PEGAWAI YANG DISELIA

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

JAWATAN/

GRED

PEJABAT PKN

DATO’ AHMAD NADZRI BIN EMBONG

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

PKN

BAHAGIAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

ALINA BINTI AMBANG

PPK (W44)

ALINA BINTI AMBANG

SAFIRA NATASHA AHMAD SHAH

PaK (W41)

ALEXSON NASIR

P.Pak (W27)

SYARIFFUDDIN BIN JUSOF

P.PAK (W27)

KEWANGAN/ASET/PEROLEHAN

ALINA BINTI AMBANG

SAFIRA NATASHA AHMAD SHAH

PaK (W41)

SAFIRA NATASHA AHMAD SHAH

ALEXSON NASIR

P.Pak (W27)

ROSELINDA UNOP

W22

BETTY CHRISTOPHER

W22 (KUP)

NOR AZIMAHWATI ABDULLAH

N22 (KUP)

KARTINAH ABDUL GHANI

N17

NORIAH LAMIT

N17

ZAHARA BINTI MOHD JAD

N17

ALEXSON NASIR

USIN BIN UDIN

R6 (KUP)

MOHD SOFREE BIN HUSSIN

R6 (KUP)

RIZALI BIN OSMAN

R3

RAHMAD BIN ZIALEN

KP11

LATIHAN/PERKHIDMATAN

ALINA BINTI AMBANG

SYARIFFUDDIN BIN JUSOF

P.Pak (W27)

SYARIFFUDDIN BIN JUSOF

NORLIANI BTE ABDUL GHANI

W22 (KUP)

AUDREY YEE

W17

ISHAK ALI YAKUB

W17

ASLI BAHA

N1

SENARAI PENYELIA DAN PEGAWAI YANG DISELIA

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN

PERINGKAT ORGANISASI

(Pengurusan/Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PENYELIA,JAWATAN DAN GRED

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PEGAWAI YANG DISELIA

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

JAWATAN/

GRED

BAHAGIAN CUKAI DALAM NEGERI

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

HASNEH BIN YAHYA

PPK (W44)

HASNEH BIN YAHYA

LEE DAYANG

W22

LEE DAYANG

HENDRICK DAVID

W17

SENARAI PENYELIA DAN PEGAWAI YANG DISELIA

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN

PERINGKAT ORGANISASI

(Pengurusan/Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PENYELIA,JAWATAN DAN GRED

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PEGAWAI YANG DISELIA

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

JAWATAN/

GRED

BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

RAHAMAN BIN LAHAMIN

PPK (W44)

RAHAMAN BIN LAHAMIN

HERRLY BINSON

JUNAIDA JOHARI

Pak(W41)

W27

HERRLY BINSON

JUNAIDA JOHARI

W27

ROZILAWATI BINTI SHAIK MUHAMAD

W22

SENARAI PENYELIA DAN PEGAWAI YANG DISELIA

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN

PERINGKAT ORGANISASI

(Pengurusan/Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PENYELIA,JAWATAN DAN GRED

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PEGAWAI YANG DISELIA

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

JAWATAN/

GRED

BAHAGIAN PERKASTAMAN

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

MIRANI BTE HAJI MAJIDI

PKPK (W48)

MIRANI BTE HAJI MAJIDI

HASNEH BIN YAHYA

W44

MASZERULL BIN BUJANG

W44

IMPORT/EKSPORT

MASZERULL BIN BUJANG

RIDZWAN BIN JUMIN

W41

MASRIN JUAT

W32

MOHD FAIZAL BASIAH

W27

SAID BIN ABDUL HAMID

W27

JUMAAT BIN KIMSIN

W27

RINGGIT ANAK DINGGAT

W27

RIDZWAN JUMIN

JUNSIN SUNTRAK

W22

ROSELINDA UNOP

W22

SAPAR BIN ABU

W22

ANDRI TOION

W22

AHMAD HUZAIFAH BIN ABDULLAH

W17

MOHD ALDI BIN IBRAHIM

W17

MOHD HAFIZ BIN HASSAN

W17

OZIE EMMAROZIANA MASIDI

W17

HASNEH BIN YAHYA

RAJEET KAUR A/P SARMOK SINGH

W44

RAJEET KAUR A/P SARMOK SINGH

MAHROP BIN AJIS

W22

CHRISTINA CHAN

W22

AG AHMAD BIN PG APONG

W22

JAMSARI BIN SALUDIN

MAHROP AJIS

MOHD FERRYZAL FADZMEE

W17

MOHD SAUFUDDIN BIN MOHAMED

W17

PUNGUTAN

MASZERULL BIN BUJANG

RIDZWAN BIN JUMIN

W22

RIDZWAN BIN JUMIN

BUJI BAKAR

W17

JEMANUEL JOTAN

W17

LAPANGAN TERBANG

MASZERULL BIN BUJANG

MASRIN JUAT

W32

MASRIN JUAT

AG ZAHARI BIN PG JALI

W26

AG ZAHARI BIN PG JALI

JULINOH MICHAEL

W22

MAZLAN OTHMAN

W22

JULINOH MICHEAL

LAWRENCE MARING

W17

HENDRICK DAVID

W17

HITRIYANA MINCHI

W17

MOHD KHUZAIRI BIN BUANG

W17

MAZLAN OTHMAN

WINCY CHIN KUN LEE

W17

SUZANE BEDWIN

W17

RUDY ANAK DERIE

W17

JAY HARDY BIN JACKURLLAH

W17

FERI KENDERAAN

MASZERULL BIN BUJANG

MOHD FAIZAL BASIAH

W27

MOHD FAIZAL BASIAH

AGUSTINE JUSTIN

W22

AGUSTINE JUSTIN

MIMI LO

W17

LAURENCE A. JOUTY

W17

MOHD SOFIAN BIN ANUAR

W17

GARRY DARIUS

W17

FERI PENUMPANG

MASZERULL BIN BUJANG

SAID BIN ABDUL HAMID

W27

SAID BIN ABDUL HAMID

CLARENCE GEORGE

W22

SALMAN MOHD HUSSIN

W22

CLARENCE GEORGE

SUZAITI ZAID

W17

INNA AK. NAJIB

W17

MANIFES

MASZERULL BIN BUJANG

JUMAAT KIMSIN

W27

JUMAAT KIMSIN

SUKANDAR SUARAH

W22

CHUA BOON KHENG

W22

NORHIDAYATI BTE MOHD YAKOB

W17

GILBERT DENNIS ANAK AHLEE

W17

URUSETIA KASTAM

MASZERULL BIN BUJANG

RIDZWAN JUMIN

W41

RIDZWAN JUMIN

YUKIN BERIMBUN

W22

VIVIANE STEPHANIE BENEDICT

W22

ISWANDY ABDUL GHANI

W17

SENARAI PENYELIA DAN PEGAWAI YANG DISELIA

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WP LABUAN

PERINGKAT ORGANISASI

(Pengurusan/Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PENYELIA,JAWATAN DAN GRED

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

NAMA PEGAWAI YANG DISELIA

(Ketua Bahagian/Cawangan/Unit)

JAWATAN/

GRED

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

TUAN HAJI WASIMIN BIN DAIMAN

ABDUL RAZAK BIN BASRI

PPK (W44)

NORHAN EDININ

PPK (W44)

ABDUL RAZAK BIN BASRI

SEBASTIAN CHONG

W41

SANNIEZA BTE MATASAN

W41

URUSETIA

SEBASTIAN CHONG

ABDULLAH BIN JUMAN

W22

AG HASSAN AG AKUP

W22

GEORGE KINAJIL

W22

SAZALI BIN HASSAN

W22

MAZLAN MIDIN

W17

PRIESTIAN BIAN

W17

ROMAI NOR BIN HAJI SULAIMAN

W17

WINCESTER DAVID

W17

IBRAHIM BALI

W17

GEORGE KINAJIL

AZMAN BAHAR

W17

JAINUDDIN JAPAR

W17

MD. HAZLIN SAILI

W17

SAZALI BIN HASSAN

HAMDAN BIN ISMAIL

R3

SAWANG @MOHD AMIT BIN RUNDING

R3

MARIN DAN KHIDMAT SOKONGAN

NORHAN BIN EDININ

MAT PALAS BIN JIMBANG

W22

ABDULLAH BIN AWANG

W22

AWANG JUMAT BIN DULLAMIT

W22

ABDULLAH BIN AWANG

AG MOHD GADOR BIN TUAH

ALI AHMAD BIN JUMAT

JAMAL BIN MAD AMIN

MASELI BIN EJUN

FAIZAL BIN MOHAMMAD

MOHD NAZIM BIN MOHAMED NUN

REDZUAN BIN USIN

ROSLI BIN TALIP

ROZI BIN MOHD ALI

SALLEH RAHMAN BIN LADIS

TOM JUNIOR THOMAS

AHMAD BIN ZAKARIA

M YUSOP BIN ABIDIN

NOOR AFENDY@JACK B. MOHD

PEMATUHAN

ABDUL RAZAK BIN BASRI

SANNIEZA BTE MATASAN

W41

SANNIEZA BTE MATASAN

INDAH KIM LAHABUN

W22

MOHD RIZAM SHAM BIN MOHD NOOR

W22

   

Page 10 of 72

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia