Friday, May 24, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

30 Ribu Calon Pohon Jawatan Penguasa Kastam

News - Latest News

User Rating: / 1
PoorBest 
There are no translations available.

4 Februari 2012 (Sabtu), satu Lawatan dan Sidang Media mengenai Urusan Peperiksaan bagi Pengambilan Calon Penguasa Kastam Gred WK1-1 dan Prestasi Pungutan Hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Chik Omar bin Chik Lim, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya.

SPA

Dalam kenyataan tersebut, beliau memaklumkan bahawa terdapat seramai 29,440 calon di seluruh negara telah memohon jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1. Dari jumlah itu, seramai 28,730 calon di seluruh negara telah dipanggil untuk menduduki ujian serentak bagi memasuki Skim Penguasa Kastam. Urusan Pengambilan bagi skim tersebut dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

SPA

Manakala, bagi calon-calon yang melepasi ujian akan dipanggil menghadiri Program Pusat Penilaian Kastam atau Customs Assessment Centre (CAC) yang dikendalikan oleh JKDM dengan kerjasama SPA di lokasi terpilih di seluruh negara. Calon-calon yang lulus CAC akan dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak SPA dan calon yang berjaya akan ditawarkan jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1.

SPA

Hadir sama ialah Dato' Lamien bin Sawiyo, Setiausaha SPA dan Puan Faidzah binti Arshad, Setiausaha, Bahagian Peperiksaan SPA.

 

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam