Wednesday, April 23, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERSENJATA API DAN TANPA SENJATA

News - Announcement

User Rating: / 0
PoorBest 
There are no translations available.

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala 220302 (Kawalan Keselamatan)  bagi menyertai Sebutharga berikut:

NO. SEBUTHARGA

TAJUK

KOD BIDANG PENDAFTARAN

4/2012

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERSENJATA API DAN TANPA SENJATA DI PEJABAT KASTAM CAWANGAN PENCEGAHAN & RAMPASAN DENGKIL, SELANGOR DAN CAWANGAN NARKOTIK JALAN CIKU, KAMPUNG JIJAN TENGAH, NILAI NEGERI SEMBILAN

220302

Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.

Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi penyebutharga yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.

Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 31 Januari 2012 jam 9.30 pagi di Bahagian Pencegahan, Dengkil, Selangor dan 2.30 petang di Cawangan Narkotik, Jalan Ciku, Kampung Jijan Tengah, Nilai Negeri Sembilan . Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 8 Februari 2012. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822284 / 03-88822509