Monday, May 21, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

Berita Kejayaan Pegawai JKDM Menumpaskan Percubaan Penyeludupan Dadah

There are no translations available.

Berita

Kejayaan Pegawai JKDM Menumpaskan Percubaan Penyeludupan Dadah

Jijan, Nilai – Pada 28 Oktober 2011, bertempat di Ibu Pejabat Narkotik, JKDM telah berlangsung sidang media yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Liah bin Omar, Timbalan Pengarah Kastam, Cawangan Narkotik JKDM. Sidang media tersebut merangkumi 2 kes penyeludupan dadah.

Kes 1

Rampas

Pada 25 Oktober 2011, penahanan seorang lelaki warga Malaysia berumur 44 tahun yang sedang mengambil 15 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Dry Ice Machine’ daripada pejabat agen penghantaran cepat di Shah Alam, Selangor. Dokumen pengimportan menunjukkan barangan tersebut tiba dari Shenzhen, China.

Rampas 2

Sejumlah 15 bungkusan yang disorokkan dalam setiap mesin tersebut dianggarkan berat kasar berjumlah 14.7 kilogram disyaki dadah jenis Ketamin dengan anggaran nilai pasaran RM164,700.00 yang mana dicatat sebagai ‘Fog Machine’. Modus Operandi ialah menyorok dadah dalam mesin yang diikrar sebagai “Dry Ice Machine”. Orang Yang Disyaki ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 dan direman selama 7 hari. Jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Rampas 3

Kes 2

 

Pada 14 Oktober 2011, Pasukan Narkotik Ibu Pejabat telah menahan 10 kotak yang dipercayai mengandungi dadah jenis Eramine 5 yang berjumlah 998,750 pil dengan anggaran nilai RM 19.97 juta dari sebuah pejabat agen penghantaran di kargo udara KLIA. Dokumen kargo menunjukkan kotak tersebut tiba dari Taiwan pada 5 Oktober 2011 untuk penerima sebuah syarikat di Selangor dan tidak dinyatakan apa kandungannya. Siasatan ke atas alamat syarikat penerima mendapati syarikat tersebut tidak wujud. Modus operandi yang digunakan ialah menghantar dadah melalui kargo udara, penerimanya menggunakan alamat palsu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. Jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Ramaps 4

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya