MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TKPK (PENGURUSAN )
Ibu Pejabat, 28 Oktober 2011.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 10 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya pada 28 Oktober 2011 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) oleh Y.Bhg. Dato’ Khazali bin Haji Ahmad ( kini memegang jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah) kepada Y.Bhg. Dato’Ahmad Nadzri bin Embong, Pengarah Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia.
Y.Bhg. Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong menjalankan Tugas - tugas (MTT) Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) – mulai 16 Oktober 2011.
Majlis ini telah disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’Sri Mohamed Khalid bin Haji Yusuf Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Turut hadir Y.Bhg. Dato’Haji Matrang bin Suhaili Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkuasaan/Pematuhan ) dan Y.Bhg. Dato’Haji Zainul Abidin bin Taib, Penolong Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkuasaan ).
Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya




