TKPK (PERKASTAMAN/CUKAI DALAM NEGERI) RASMI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 BAKISKA MALAYSIA
Kota Bharu – 4 Oktober 2011
Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia (BAKISKA)bersama BAKISKA Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 10 mulai 4 hingga 6 Oktober 2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Seramai kira-kira 200 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara hadir pada mesyuarat kali ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mewakili Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
 RASMI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 BAKISKA MALAYSIA/Bakiska.jpg)
Y.Bhg. Dato’ Haji Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) ketika memberi ucapan perasmian.
 RASMI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 BAKISKA MALAYSIA/Bakiska 3.jpg)
Tuan Mohd Isa bin Endot, Pengarah Kastam Negeri Kelantan turut memberi ucapan pada majlis perasmian tersebut.
Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik, Ibu Pejabat, Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Terengganu dan Yang Di Pertua BAKISKA, Tuan Haji Mohamad Daud bin Othman.
 RASMI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 BAKISKA MALAYSIA/Bakiska 4.jpg)
Wakil BAKISKA Kelantan menerima sijil penghargaan daripada TKPK (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri)
 RASMI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 BAKISKA MALAYSIA/Bakiska 5.jpg)
YDP BAKISKA turut menerima sijil penghargaan daripada TKPK (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri)
Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya




