Monday, May 21, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

Ustaz Daud Mengekalkan YDP BAKISKA Ke 10

There are no translations available.

USTAZ DAUD MENGEKALKAN YDP BAKISKA KE 10

Kota Bharu, 5 Oktober 2011

Tuan Haji Mohamad Daud bin Othman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Daud telah dipilih semula sebagai Yang Dipertua BAKISKA Pusat untuk penggal ketiga berturut-turut.


ustaz

YDP BAKISKA sesi 2011-2013

Dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan kali ke 10 yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan itu perwakilan juga telah memilih  Tuan Haji Aziz bin Abdul sebagai Timbalan Yang Dipertua. Manakala jawatan Naib Yang Dipertua dimenangi Tuan Haji Khir bin Jaafar.

 

ustaz 2                     ustaz 2

TYDP BAKISKA 2011-2013                                                                                   NYDP BAKISKA 2011-2013

Seramai lapan orang Ahli Jawatan Kuasa Kerja juga telah dipilih, disamping dua juruaudit. Berita penuh nama jawatan kuasa boleh dilihat dalam majalah Info Ceria keluaran akan datang. Tahniah kepaada barisan kepimpinan baru BAKISKA Pusat, semoga NGO ini dapat memberi sumbangan yang amat bermakna kepada ahli dan sama-sama membantu Jabatan ke arah merealisasikan visi dan misi menjadikan perkhidmatan kastam bertaraf dunia menjelang 2015.

 

ustaz 3

Barisan AJK kerja BAKISKA 2011-2013

 

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya