Monday, May 21, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

Majlis Penyerahan Perumahan Kastam Kemaman

There are no translations available.

MAJLIS PENYERAHAN PERUMAHAN KASTAM KEMAMAN

  Projek Perumahan Kastam Kemaman menelan belanja sebanyak RM 7.146 Juta dan telah mula dibina pada 14 Oktober 2009  dan diserahkan  kepada JKR  pada 20 September 2011. Projek  ini mempunyai 2 unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Jenis D10 Jati, 8 Unit Rumah Pangsapuri Jenis F16  Nuri, Dewan Serbaguna dan Surau. Majlis Penyerahan dilaksanakan pada 4 Oktober 2011 oleh JKR  sebagai Pengawal Projek  kepada JKDM.

Kunci              Kunci 2

 

 

  Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman yang diketuai oleh Jurutera Daerah Encik Ir Hasmi Bin Ahmad  telah menyempurnakan Penyerahan Kunci Perumahan Kastam Kemaman kepada Y.Bhg Dato Khazali Bin Hj Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan )  dan turut hadir Tuan Abdullah Zawawi Bin Abd Latif Pengarah Kastam Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam Kemaman.

Kunci 3

Kunci 4

Kunci 5                  Kunci 6

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya