Monday, May 21, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

Mesyuarat Pengarah Pengarah Kastam Se Malaysia Ke - 66 Tahun 2011 Dewan Seminar Pulau Jerejak Pejabat Kastam Diraja Malaysia Seberang Jaya, Pulau Pinang

There are no translations available.

MESYUARAT PENGARAH PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE - 66 TAHUN 2011 DEWAN SEMINAR PULAU JEREJAK PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA SEBERANG JAYA , PULAU PINANG

Mesy

  Ucapan Perasmian Mesyuarat Pengarah Pengarah Kastam Se Malaysia Ke- 66 Tahun 2011 pada 27 September 2011 di Dewan Seminar Pulau Jerejak Pejabat Kastam Diraja Malaysia Seberang Jaya , Pulau Pinang oleh Y.Bhg Dato Sri Mohamed Khalid Bin Hj Yusuf, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Mesy 2

  Ucapan Ketua Pengarah Kastam memfokus kepada usaha menyemai nilai dan budaya organisasi berpretasi (HPO) ke arah mewujudkan Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia . Turut hadir mesyuarat  adalah TKPK (P&P), TKPK(KCD),TKPK(M)

Mesy 3   Mesy 4Mesy 5   Mesy 5                                   

  Jabatan Kastam bertekad untuk menjadi sebuah pentadbiran bertaraf dunia menjelang tahun 2015. Garisan masa untuk impian tersebut semakin hampir. Berbagai inisiatif pembaharuan strategik (SRI) telah pun dirangka dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan kearah mencapai status bertaraf dunia. SRI tersebut turut mendukung program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP). Persoalannya dimanakah kita berada sekarang? Adakah kita berada di landasan yang betul? Apakah pencapaian SRI memberi jaminan JKDM akan diiktiraf sebagai organisasi bertaraf dunia? Inilah antara persoalan-persoalan yang wajar kita fikirkan bersama dalam menilai dasar dan pelaksanaan program-program semasa Jabatan samada memerlukan sebarang penyesuaian mahupun inisiatif tambahan.

Mesy 6 Mesy 7                                    

Mesy 8    Mesy 9                                                                   

  Program transformasi JKDM akan membawa perubahan secara terancang dan lonjakan berganda ke arah wawasan bertaraf dunia.  Organisasi akan terus berprestasi cemerlang jika modal insannya cemerlang dan mengamalkan budaya kerja cemerlang. Hanya organisasi yang cemerlang dan berprestasi tinggi akan mendapat pengiktirafan di persada dunia jika kepakaran anggotanya, sistem serta budaya kerja yang diamalkan menjadi tanda aras kepada dunia. Banyak kajian telah dijalankan oleh management guru dan pengamal pengurusan mengenai organisasi berprestasi tinggi. Terdapat pelbagai kaedah dan teori untuk membangunkan sebuah Organisasi Berprestasi Tinggi (HPO) tetapi yang jelas tidak ada suatu set garis panduan strategi yang mutlak yang dianggap sebagai yang terbaik ke arah itu. Namun wujud kriteria, unsur-unsur serta ciri-ciri yang boleh diterima sebagai sifat sebuah HPO.Tidak memadai bagi kita mengukur kejayaan dari perspektif peningkatan produktiviti, penjanaan hasil dan impaknya (financial returns and outcomes) bagi tujuan mendapat status bertaraf dunia.

Mesy 10

  Mengikut Prof Dr W. Chan Kim semasa menghadiri seminar MiDAS (Malaysian Institute of Defense & Security) pada 13 Sept 2011 konsep serta prinsip relevan dalam Blue Ocean Strategy (BOS) yang menggalakkan value creation berasaskan tindakan bersinergi melalui semangat perkongsian dengan menghentikan amalan turf syndrome, mengelak bertugas dalam bentuk silos,menghapus benteng-benteng (walls) yang menyebabkan kita kurang efektif. BOS Four Actions Framework : iaitu Eliminate; Reduce; Raise and Create ke arah meningkatkan hasil contohnya kita boleh menghapuskan penyelewengan, mengurangkan tax gaps, mempertingkatkan fasilitasi dan kawalan serta mewujudkan sinergi melalui perkongsian bestari.

 

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya