Thursday, June 20, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fungsi Bahagian

Corporate Planning Division - About Corporate Planning

User Rating: / 4
PoorBest 
There are no translations available.

Fungsi Bahagian

Bahagian Perancangan Korporat merupakan salah satu bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertanggungjawab ke atas pengurusan perancangan strategik jabatan, hal ehwal antarabangsa, perhubungan awam, keurusetiaan dan program-program keagamaan. Bahagian ini terlibat secara langsung dalam usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selaras dengan dasar perkhidmatan awam dan kerajaan serta amalan dan kehendak antarabangsa.

Objektif Bahagian

  • Mengerat dan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan Pentadbiran Kastam Luar Negara supaya pertukaran maklumat perkastaman dapat dilaksanakan dengan berkesan selari dengan amalan perkastaman antarabangsa.
  •  Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui kajian dan penyelidikan serta penyelarasan program kualiti, inovasi dan produktiviti.
  • Menyelaras usaha-usaha pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selari dengan dasar pekhidmatan awam dan kerajaan.
  • Memantapkan imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui komunikasi korporat dan pengurusan perhubuangan awam.
  • Menyelaras dan mengurusetiakan mesyuarat peringkat tertinggi Jabatan, teguran-teguran audit dan cadangan-cadangan baru potensi cukai.
  • Memantapkan program-program keagamaan, perkhidmatan perundangan syariah dan pembangunan kerohanian.