Sejak akhir akhir ini didapati kes warga kastam tidak yang hadir bertugas tanpa sebab atau meninggalkan tempat bertugas tanpa kebenaran telah meningkat . JKDM amat memandang serius perkara ini dan tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang terlibat . Tindakan tatatertib termasuk hukuman buang kerja akan diambil . Justeru itu , semua pegawai dan kakitangan JKDM dinasihatkan mematuhi perintah kerja yang ditetapkan .

