Piagam Pelanggan Bahagian Cukai Dalam Negeri
KAMI KOMITED UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG PROFESIONAL KEPADA PELANGGAN, BERSEDIA MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN SELARAS DENGAN JANGKA HARAP DAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA KRITERIA BERIKUT :
- Berlunaskan undang-undang
- Tepat dalam membuat keputusan
- Menepati masa yang dijanjikan
- Layanan mesra dan adil
DALAM MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENTADBIR DAN MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DEMI KEPENTINGAN EKONOMI, SOSIAL DAN KESELAMATAN NEGARA, KAMI BERJANJI UNTUK :
- Meluluskan permohonan lesen dalam tempoh 2 hari bekerja bagi Lesen Cukai Jualan / Cukai Perkhidmatan / Levi Keuntungan Luar Biasa dan Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan serta 14 hari bekerja bagi Lesen Eksais.
- Memproses dan meresitkan pembayaran Cukai Jualan / Cukai Perkhidmatan / Eksais dan Levi dalam tempoh tidak lebih 15 minit pada bukan waktu puncak dan 30 minit pada waktu puncak.
- Meluluskan permohonan kemudahan / fasilitasi dalam tempoh 4 hari bekerja.
- Membuat perakuan permohonan remisi dan pulangbalik ke Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 60 hari.
- Memproses permohonan Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan ke atas Alat Kelengkapan Operasi Petroleum Huluan di bawah Butiran 107 dan Butiran 126, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 70, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 dalam tempoh 4 hari bekerja.
- Meluluskan pembatalan Lesen Cukai Jualan / Cukai Perkhidmatan / Eksais / Levi / Sijil Pengecualian daripada Pelesenan dalam tempoh 30 hari.
* Komitmen kami ini adalah tertakluk kepada dokumen lengkap yang dikemukakan.


