Akaun
Seksyen Bayaran
1. Adakah tuntutan perjalanan boleh di tuntut jika menghadiri Hari Kastam Sedunia?
Whether travelling claims is permitted if attending Customs World’s Day?
Jawapan :-
Tidak boleh kerana tuntutan perjalanan hanya boleh di tuntut jika ia berkaitan dengan tugas hakiki sahaja contohnya kursus dan menjalankan tugas di luar kawasan.
Travelling claims can only be granted if it is related to official duties such as attending courses and outstation duty.
2. Bagaimana PTJ perlu mengklasifikasikan bayaran Perkhidmatan Bantuan Teknikal samaada di bawah kod objek sebagai 28000 (Penyelenggaraan dan Pembaikian kecil yang di beli) atau 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti)?
How PTJ classify payment for Technical Services either under object code 28000 (Maintenance and Repair ) OR 29000 (Professional Services And Hospitality)?
Jawapan :-
PTJ perlu pastikan samaada belanja tersebut berkaitan Penyelenggaraan atau Perkhidmatan. Bagi Perkhidmatan Bantuan Teknikal ia perlu di rekod di bawah kod objek 29000.
PTJ must determined whether expenditure incurred related to maintenance and Repair and for Technical Services it must be record under object code 29000.
3. En. Rosyam Nor dari Pejabat Kastam Klang di arahkan bertugas ke Sarawak selama 3 hari. Beliau meminta bayaran penginapannya sepanjang berada di Sarawak dibuat melalui Pesanan Tempatan (LO). Adakah ia dibenarkan?
Mr. Rosyam Nor from Klang's Customs office is instructed to perform duty in Sarawak for 3 days and he requests his accommodation's is paid by LO.
Jawapan :-
Tidak. Ini kerana LO hanya dikeluarkan bagi pembelian barangan atau perkhidmatan sahaja. Walau bagimanapun bagi jumlah bayaran penginapan dalam amaun yang tinggi seperti penganjuran kursus atau seminar adalah dibenarkan.
No because LO is only issued for goods supply or services rendered. LO is permitted for payment of large amount of package seminar and courses.


