Ahad, Disember 21, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

PENJELASAN BERHUBUNG DENGAN SERVICE CHARGE / GOVERNMENT TAX / SERVICE TAX

FAQ - Cukai Dalam Negeri

Rating Pengguna: / 18
Kurang BaikTerbaik 

PENJELASAN BERHUBUNG DENGAN SERVICE CHARGE / GOVERNMENT TAX / SERVICE TAX

PENDAHULUAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia banyak menerima aduan mengenai Service Charge,Service Tax dan Government Tax yang telah menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam. Bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, disini dinyatakan perbezaannya.

PERBEZAAN

Service Charge - adalah satu caj selain daripada kos barangan atau perkhidmatan yang dikenakan oleh sesuatu perniagaan didalam bil/inbois. Ini adalah amalan yang dipraktikan dalam industry “hospitality” dan kadar biasa yang dikenakan adalah 10%. Caj ini dikumpulkan oleh majikan sebagai dana untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini boleh mengantikan tip walaupun tidak semestinya.

Service Tax / Government Tax - Secara undang-undang dikenakan dengan kadar 6% (mulai Januari 2011) dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 keatas kategori perniagaan dalam “hospitality Industry” contoh: hotel, restoran, pubs dan SPA dibawah lessen yang dikeluarkan oleh JKDM. Lesen cukai perkhidmatan mengandungi nama, alamat dan nombor lesen yang dipamerkan dipremis yang berlesen. Cukai perkhidmatan yang dikenakan , dibayar kepada JKDM bagi tempoh dua(2) bulan sekali. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan keatas service caj tetapi atas barangan / perkhidmatan yang dibekalkan.

Jenis perniagaan dan jenis perkhidmatan yang tertakluk kepada pelesenan dan pengenaan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.

Disediakan Oleh : Bahagian Cukai Dalam Negeri, Putrajaya

 

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia